Top filem adaptasi novel TERBAIK!

kemunculan penulis baru novel di pasaran bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. rata-rata novel yang best seller membuka mata pengarah untuk adaptasi ke filem atau drama. Bukan sahaja di Malaysia, Indonesia juga turut sama. so MKR nak shared dengan korang film yang diadaptasi dari novel!

1. Dear Nathan
Filem adaptasi novel dari Indonesia ini ditulis oleh Erisca Febriani diterbitkan pada tahun 2016 oleh penerbit Best Media. Mulanya novel ini ditulis di Wattpad dan berhasil menarik minat para pembaca. Mengisahkan tentang pelajar baru  Salma SMA Garuda yang telambat hadir perhimpunan namun Nathan menyelamatkan keadaan . Pelbagai cara digunakan Salma untuk jauhkan diri dari Nathan yang cuba untuk mendekatinya..

Picture

2. Danur
Novel ini ditulis oleh Risa Saraswati diterbitkan pada Januari 2012 oleh penerbit Bukune. cerita ini dari kisah benar. Risa dan kawan rapatnya  Peter, Hans, Hendrick, William, dan si Bungsu Johnsen. Mereka adalah hantu anak-anak Belanda yang tewas pada masa penjajahan. Bukan hanya novel horror yang hanya menunjukkan sisi seram tapi  menggambarkan perasaan anak-anak hantu ini yang terperangkap di dunia.

Picture

3. Gita Cinta dari SMA
Novel ini ditulis oleh  Eddy D. Iskandar diterbitkan sejak tahun 70-an. Novel ini sudah dicetak berkali kali oleh beberapa penerbit diantaranya Gagas Media. Dan diadaptasi beberapa kali menjadi film dan sinetron. Namun untuk adaptasi film pada tahun ini, Film adaptasi novel ini tidak mengambil tajuk yang sama dengan novelnya.Gita Cinta dari SMA bercerita tentang hubungan Galih dan Ratna, siswa SMA yang sama-sama menjadi bintang kelas di sekolah mereka. Keduanya jatuh cinta tapi ditentang oleh ayah Ratna.

Picture

4. Tombiruo Penunggu Rimba
filem ini diadaptasikan dari novel karya Ramlee Awang Murshid. Filem mengisahkan mengenai Ejim yang digeruni kerana mempunyai kuasa luar biasa dan digelar Tombiruo kerana mempunyai wajah cacat.
Diarahkan oleh Seth Larney, filem aksi ini dipaparkan dalam bahasa Kadazandusun. Filem ini berjaya mengutip kutipan Rm 7.9 juta

Picture

5. Surga Yang Tak Dirindukan 2
Selepas mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman di Indonesia dua tahun lalu, filem Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) kini menemui penonton di Malaysia menerusi sekuel keduanya, SYTD 2. Filem yang diangkat dari novel Asma Nadia. SYTD 2 mengisahkan tentang hidup berpoligami, serta pengorbanan seorang isteri untuk menerima kehadiran wanita lain. Konflik yang ditonjolkan pengarah menerusi SYTD 2, dilihat sampai kepada penonton sehinggakan bengkak mata akibat menangis jelas kelihatan selepas keluar dari panggung

Picture

6. Kimchi Untuk awak
novel hasil karya Suri Ryana. ini filem pertama arahan pengarah drama terkenal Michael Ang. Menariknya, lokasi penggambaran filem dilakukan di Seoul dan Pulau Nami, Korea Selatan. Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular Jannah Nick, Sharifah Sakinah dan Dira Abu Zahar. Kimchi Untuk Awak mengisahkan pertemuan Bella dengan lelaki sombong berdarah Melayu Korea, Danial Lee di Lapangan Terbangan Incheon, Korea Selatan.

Picture

7. Dilan
Ini dia film yang sedang jadi primadona. Dilan 1990 di adaptasi dari buku pertama seri Dilan berjudul Dilanku 1990 karya Piqi Baiq. Menariknya, cerita dalam bukunya itu adalah kisah benar! pengambaraan dilakukan di Bandung dan Jakarta.Dilan 1990 dibintangi oleh Iqbaal Ramadhan dan Vanesha Prescilla. Keduanya berperan sangat apik sebagai Dilan dan Milea hingga mendapat banyak pujian.  Dalam cerita, perjalanan hubungan Dilan dan Milea tak selalu smooth. Ada beberapa halangan yang membuatkan ia menarik.

Picture

Dijangkakan akan lebih banyak kisah adaptasi novel ini akan disiarkan dari semasa ke semasa yang pastinya menjanjikan jalan cerita yang menarik dan unik. Jika korang ada tonton filem adaptasi dari novel yang lain boleh  kongsikan kepada kami melalui ruangan komen di bawah ini.

COMMENTS