Asyik lari tempat sama. Apa kata, kalau kalini, kita lari tempat lain yang lagi fresh, banyak fasiliti dan paling penting, boleh cuci mata! Let’s Checkitdot!
Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
Nak berbasikal, picnic atau berlari datang lah ke Kepong Botani Garden. Rm1 je kalau nak ride the bicycle. Wow ! murahkan.
Kalau nak masuk FRIM kene bayar RM5 semestinya parking Hadoo. Aktiviti yang disediakan :
- Jogging, Rover Track
- Canopy Walk (RM10)
- Waterfall Downstream
- Crown shyness
- Birdwatching
Banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi tapi ada sesetengah aktiviti dikenakan bayaran. Nak tahu lebih lanjut boleh ikuti link ni https://www.frim.gov.my/ms/tentang-kami/pengenalan/#
Taman Botani Perdana KL
Cuci mata sambil berlari! Tasik ni terletak di sebelah kiri Jalan Mahameru menuju ke bangunan Parlimen Malaysia. Paling menariknya kawasan ni, ramai yang guna untuk Wedding Photoshoot.
Aktiviti yang disediakan :
- Taman Rusa & Kancil
- Air Terjun
- Taman Orkid
- Rumah buluh
- Tasik Orkid
Ada 27 lagi tempat yang boleh dikunjung bersama girlfriend, family dan kawan-kawan. Dont forget to check out this link okii http://www.klbotanicalgarden.gov.my/ .
Taman Tasik Titiwangsa
Setahun berdiam tapi sekarang riuh dengan suara kanak-kanak. 15 Disember 2019 tasik ini dibuka secara rasmi kini dijadikan sebagai pusat rekreasi dan hiburan.
Bab parking jangan risau as long korang datang sebelum 5pm banyak lah ruang kosong.
Jangan terkejut dengan perubahan yang dibuat. So apa yang menarik sangat tempat ni sampai viral tu !
- Kanopi banjaran titiwangsa
- Laman Kerawang
- Taman Air Kanak-Kanak
- Taman Permainan
- High Fountain Jet
Dan ada laluan khas untuk Orang Oku dan Pejalanan Kaki. Harap-harap tak ada Vandalisme la!
Taman Botani Shah Alam
Taman lain terkenal dengan kanopi atau landscape tapi taman ini ada keunikan tersendiri. Pada awalnya taman botani dibuka pada 24 April 1986 yang bertujuan untuk pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan.
Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Tutup pada hari Isnin.
Pokok, Haiwan, landskap dan cuaca! Semua complete dekat tempat ni. Nak tahu tak tempat apa yang biasa orang kunjungi? orait ini dia..
- Pusing taman menaiki Bas Trem
- Rumah Iklim Empat Musim
- Taman Haiwan
- Taman Buah-buahan
- Rempah Ratus
Setiap kemasukan ada harga yang ditetapkan! Surau, tempat parking, tempat rehat disediakan disana. Banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi.
Nak tahu lebih lanjut boleh tekan link ni http://tbnsa.gov.my/animal-park
Taman Tasik Permaisuri
Berbeza sikit dengan taman diatas dimana tempat ini lebih kepada jog atau berlari. Tasik ini terletak di Bandar Tun Razak dan telah dibangunkan pada tahun 1989.
Kemudahan yang disediakan ialah :
- Taman Permainan
- Padang Bola
- Jogging Track
- Waterfront Promenade
- Parking
- Dataran
Fokus kawasan ini lebih kepada mereka yang duduk berdekatan Cheras. Tapi kalau nak amalkan gaya hidup sihat, memana boleh buatkan!
Itulah dia tempat-tempat yang menarik untuk korang spendtime bersama family atau rakan-rakan. Pergi ke tampat macam ni pun boleh elakkan Depression tau!