Kitab Seks Orang Melayu

Kalau di India diorang ada kitab Kamasutra, kita di Malaysia ada Permata Yang Hilang. Yup, semestinya kitab mengenai ilmu seks yang diamalkan oleh orang Melayu dulu-dulu.

Selain posisi, buku ni jugak ada bagitahu pasal seni dan petua yang berkaitan dengan seks. So, korang takkan rugi kalau belajar benda macam ni. Lagi pulak yang bakal berkahwin nanti.

Malangnya, buku ni telah mencetuskan kontroversi sebab ada amalan mistik orang dulu dulu seperti jampi serapah dan tangkal azimat. So, demi tak nak bagi orang Malaysia sesat akidah, maka kerajaan haramkan buku ni.

Intan Istana Khalifah (1995)

Tapi korang tahu tak, buku Intan Istana Khalifah, Mengenal Wanita, Permata Gemilang dan Mutiara Taman Wangi adalah daripada penulis yang sama. Yup, buku yang lebih kurang sama je isinya dengan Pertama Yang Hilang tu.

Jangan risau sebab korang takkan jumpa dah buku-buku ni since kerajaan kita dah lama haramkan. Kalau nak cari juga buku buku ni, bolehlah pergi ke kedai yang menjual buku buku lama dan terpakai di seluruh Malaysia.

COMMENTS