Kereta Terbang, Poket Melayang. Graduan, Jangan Buat Silap Ini!

Walaupun dah banyak tips diberikan kepada anak muda tentang cara-cara nak beli kereta ikut kemampuan diri,  masih ramai lagi yang beli kereta ikut ‘anak tekak’. Nak kereta import je, yang Malaysia punya tak pandang. Kerja belum setahun, tapi lagak mengalahkan CEO!

Kalau kerja di KL, relevan lagi rasanya kalau guna LRT, MRT, Monorail dan pengangkutan awam lain. Kalau buat MyPass 100 boleh jimat lagi banyak. Tak payah redah jem kat kotaraya. Beli sebab senang nak jalan-jalan? Kalau hidup single lagi, naik grab pun ok. Tak payah ikat hutang 9 tahun sebab nak bayar kereta. Bestnya sekejap, sakitnya lama. Belum masuk maintenance nak tukar tayar, minyak hitam, road tax dan sebagainya. Elok-elok duit tu boleh simpan untuk benda lain lagi penting, tapi korang dah terjebak dengan hutang kereta.

Kalau betul untuk keperluan, kereta Malaysia pun ok je. Yang penting boleh gerak, selesa & boleh lindungi dari hujan panas. Nak yang mahal, tunggu lah bila kewangan dah makin stabil.

 

Apa-apa pun, sebelum beli kereta, kira dulu kemampuan masing-masing. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jangan sebab ikut nafsu, badan binasa.

COMMENTS