George Orwell: Pengamal Ilmu Hitam Marxism

Dua kaki adalah musuh, 4 kaki atau bersayap adalah kawan merupakan tagline terkenal dalam buku Animal Farm ditulis oleh George Orwell. Bukan setakat itu sahaja, George orwell juga telah memperkenalkan terms baharu seperti big brother, doublethink dan juga 2 + 2= 5  dalam novel 1984.

Eric Arthur Blair dilahirkan pada 25 Jun 1903  lebih dikenali dengan nama penanya iaitu George Orwell. Dia adalah seorang penulis novel dan esai, wartawan dan pengkritik Inggeris.

Karya-karyanya dicirikan oleh prosa yang jelas, kesedaran tentang ketidakadilan sosial, penentangan terhadap totalitarianisme, dan sokongan sosialis demokratik yang lantang.

Sebagai seorang penulis, Orwell menghasilkan kritikan dan puisi sastera, fiksyen dan kewartawanan polemik.

Sebagai seorang yang pernah melalui era kepimpinan kejam Joseph Stalin, penulisan Orwell sering dipengaruhi dengan pemikiran Marxism. Dia mengangkat isu proletariat dalam karyanya seperti Animal Farm dan 1984.

Pada pertengahan tahun 30an, Orwell pernah menyertai Worker’s Party of Marxist Unification semasa Spanish Civil War berlangsung. Buku Homage to Catalonia merupakan catatan personal Orwell tentang pengalamannya menyertai peperangan tersebut.

COMMENTS