Kau Hitam, Kau Hodoh??

Asal putih je lawa. Asal hitam je hodoh. Itu lah penanda aras masyarakat kita untuk lawa & cantik ni. Padahal ramai je kulit sawo matang, yang gelap cun melecun. Disebabkan ketaksuban nak putih ni lah maka produk pemutih kulit kat luar sana laku keras. So nak salahkan siapa? Masyarakat atau pengeluar produk?

Ada yang dah putih pun nak putih lagi. Hadoiii taksubnya. Memang mengundang kecaman netizen lah jawabnya.

Korang tahu tak bahaya consume produk pemutih ni lagi-lagi yang tak ada kelulusan dari KKM. Banyak dah kes orang kena tahan wad sampai lah ada yang meninggal disebabkan telan ubat bukan-bukan. Korang janganlah sampai menyeksa diri macam ni ya.

Heiii kamu, tak putih pun lawa lah. Tengok ni…Anggun, Yuna, Dayang Nurfaezah. Mereka punya style. Dan mereka tak putih melepak pun.


Jadi, jangan limit kan pemikiran anda mengenai definisi cantik. Banyak lagi kelebihan anda wahai si kulit sawo matang atau gelap. Usah downgrade diri sendiri. Yakin ok!

COMMENTS