“Kami dah penat”- Harap tiada last minute annoncement.

Tinggal lagi 2 minggu nak masuk Oktober, Universiti dijangka akan dibuka semula .

Harap tak kan berulang peristiwa lepas, pelajar dan penat. “Protect our students”.

YB Syed Saddiq menyuarakan cadangan untuk Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Tidak ada lagi pengumuman “last minute”.

Perlu beri masa untuk ibu bapa dan mahasiswa bersedia dari segi penyediaan masuk ke kampus seperti yuran, pengangkutan, sewa rumah. make sure that they are well prepared.

  • Segerakan imuniti kelompok di kampus.

Segerakan vaksin 2 dos bagi tenaga pelajar dan mahasiswa dan perlu mempertimbangkan perlaksanaan kelas hybrid bagi memastikan bahawa SOP dipatuhi secara ketat.

  • Bantuan kebajikan untuk mahasiswa yang memerlukan

Ini kerana ramai ibu bapa mahasiswa telah hilang pekerjaan selepas 1 tahun setengah berhadapan pandemik Covid-19.

  • Segerakan pengumuman SOP di kampus.

Perlu menjelaskan soal ventilation, tenaga pelajar, jumlah pelajar yang boleh hadir, dan lain-lain. semua ini perlu diselesaikan dan dipercepatkan.

Selamat majujaya dari MyKampus Radio.