Jom Tonton Movie Free!

Film screening adalah tayangan filem yang diadakan secara umum diikuti dengan diskusi selepas menonton wayang yang ditayang secara percuma. Tayangan filem ini diadakan untuk berkongsi pendapat dan memberi kesedaran kepada umum melalui mesej yang disampaikan melalui sebuah filem. Kami akan menyenaraikan beberapa event atau tempat yang mengadakan tayangan filem yang terbuka kepada umum dan secara percuma.

1) Bicara Filem KLFS

Event ini dianjurkan di Kuala Lumpur Film School hampir setiap minggu pada hari Sabtu. Moderator kepada diskusi ini adalah Uwei iaitu pengarah terkenal Malaysia yang turut akan ditemani dengan tetamu jemputan dari orang-orang penting industri perfileman. Untuk update tayangan seterusnya boleh rujuk laman sosial mereka iaitu “klfs_edu” di Instagram.

https://www.facebook.com/KLFilmSchool/

2) Wayang Budiman

Diadakan setiap dua bulan sekali di Alam Budiman, Shah Alam secara percuma kepada umum. Tidak mempunyai jemputan orang luar untuk berdiskusi tetapi perbincangan akan dilakukan oleh moderator secara terbuka kepada umum. Sila lawati akaun Instagram mereka iaitu “wayangbudiman” untuk tayangan seterusnya.

https://www.instagram.com/wayangbudiman/?hl=en

3) Kelab Seni Filem Malaysia

Tayangan filem yang diadakan setiap minggu pada hari Isnin bermula pukul 8 malam. Bertempat di GMBB Mall di Kuala Lumpur. Untuk info selebihnya sila layari laman sosial mereka iaitu Kelab Seni Filem Malaysia ataupun tekan link yang disertakan ini.

https://www.facebook.com/pg/kelabsenifilemmalaysia/events/?ref=page_internal

4) Fakulti Filem Aswara

Kebiasaannya tayangan diadakan semasa waktu kuliah pelajar Aswara dan tayangan diutamakan untuk pelajar Aswara sahaja. Tetapi setiap akhir semester, terdapat acara film screening yang diadakan secara umum untuk membentangkan PETA (Penilaian Akhir Tahun Pelajar) dalam bentuk short film. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan karya pelajar Aswara daripada Fakulti Filem. Info lanjut boleh didapati di media sosial atau klik yang disertakan.

/https://www.facebook.com/aswara.edu/

COMMENTS