Annoyed, then breakup!

Sekarang ni kan bila dengar je orang break up mesti kita akan cakap “ni mesti curang ni”. Haa tambah-tambah makcik-makcik bawang yang suka sangat membawang tu kan. Ada je benda yang korang nak assume bila dapat tahu satu-satu relay tu dah end up. Korang tahu tak ada sebab lain yang menyebabkan sesuatu perhubungan tu terputus di tengah jalan.

Korang pernah tak dapat pasangan yang kuat mengkritik? Tak kisahlah kritikan yang membina ataupun kritikan yang menjatuhkan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh John Gottman, pasangan yang kuat mengkritik ni akan mendorong perhubungan tu untuk tak berakhir dengan sepatutnya. Means breakup la. Siapa je tahan dapat pasangan yang kuat kritik. Korang pakai apa semua nak tegur. Tak lawa lah, tak sesuai lah, makeup tertebal la, muka kusam la and macam-macam lagi kritikan. Kalau bagi kritikan membina takpe lah jugak. Ni bagi kritikan yang buat partner dia down! Haih jangan cenggitu. Kritik la dengan cara berhemah okay!

 

Selain daripada kuat mengkritik, ada juga pasangan yang suka memandang rendah antara satu sama lain. Sebenarnya, bila kita berpasangan sepatutnya kita perlu untuk lengkapkan each other, sokong apa yang pasangan korang nak buat. Bukannya dengan memandang rendah kepada partner korang. Perkara inilah yang menyebabkan sesuatu relay tu start goyah. Ye lah, partner yang kena pandang rendah ni mestilah dia down. Mula nak insecure and so on. So kalau dapat orang yang suka pandang rendah better blah awal-awal la sebab its not good for you actually.

 

Dapat pasangan yang defensif pun merupakan suatu seksaan buat partner dia. Ye lah, orang yang defensif ni sangat susah untuk ditegur and dia suka sangat pertahankan kelemahan dia dengan alasan. Kalau orang yang macam ni, dia memang selalu rasa yang diri dia ni bagus. Semua dia betul. Kalau semua kau betul kau couple je lah dengan diri kau sendiri!

Bila korang gaduh dengan partner korang, ada tak dia cuma cuba untuk menghentikan perbualan and tak cuba  pun untuk settlekan perkara ni? Kalau ada, korang sepatutnya cuba untuk memujuk partner korang ni supaya cuba untuk selesaikan pergaduhan tu dengan cari solution. Bukannya bila bergaduh je suruh diam, suruh tido. Benda ni tak betul gais sebab bila dah peram sangat perasaan tu silap-silap sekali meletus macam gunung berapi. Haa.. Kalau korang ada pasangan yang suka mengelak bila nak berbincang, better blah je lah weh. Hati pun tak sakit.

Ada seorang partner yang pengotor memang satu penyeksaan. Bayangkan lah kalau partner korang tu ada bau keti, pastu keluar dating pulak duduk dalam kereta bukak air-cond. Perghh!! Tak ke bau satu kereta. Haih. Korang tegur la partner korang tu kalau dorang ni pengotor. Sebab kadang-kadang dorang ni masih boleh dibentuk. Kalau bau badan, cuba korang hadiahkan minyak wangi ke apa ke. Tak pun korang stand by untuk angkat kaki kalau tak tahan sangat!

 

 

COMMENTS