Island Of The Dead Doll

Meremang bulu roma kalau anda baca blog ni! Percaya atau tidak terserah kepada anda tapi yang pasti ianya sangat seram….

Di Mexico wujud satu tempat yang dipanggil sebagai Pulau Boneka yang terletak di Xochimilco, selatan pusat Mexico City. Orang kata pulau ni seram akibat dengan satu kematian!

Kisah Sebalik Pulau

Dia diganggu dengan kejadian kecil seperti nyanyian, ketawa atau namanya dipanggil-panggil. Siapa yang tak takut bila hidup sendirian dan diganggu!

Siapa dia ?

Don Julian Santana warga mexico yang menduduki pulau La Ilsa De Las Munecas ini pada tahun 1950.

Flashback balik tahun itu di mana Don baru sahaja pindah di kampung tersebut secara bersendirian. Dia merupakan penjaga island tersebut walaupun masih ada penduduk kampung yang lain.

Kononya, ada tiga kanak-kanak perempuan yang tengah bermain anak patung berhampiran di perairan lalu mereka terjatuh. salah seorang daripada mereka tak dapat diselamatkan.

Don Julian menjumpai mayat gadis kecil tersebut bersama boneka yang terapung di sungai. Sebagai tanda menghormati kematiannya, dia mengantung patung tersebut dipokok.

Beberapa hari kemudian, dia diganggu dengan tangisan dan tapak kaki setiap malam.

Semakin hari dia menjadi pelik dengan menggantungkan boneka dipokok. Yang seramnya patung tu tak buruk dan diperoleh dari tong sompah.

Katanya patung-patung itu ada spirit yang hidup.

Sama ada dia memiliki ilmu hitam atau gila tiada siapa yang tahu. Paling mengemparkan pada tahun 2001 Don meninggal dunia akibat tenggelam. Tempat kematianya sama seperti gadis kecil itu.

COMMENTS