Hati-hati, jerebu kembali lagi

Jerebu melanda negara Malaysia untuk kesekian kalinya. Fenomena ini bukanlah perkara yang jarang berlaku dalam negara di Asia Tenggara, termasuklah Malaysia.

Apabila terjadinya jerebu, kualitu udara dalam negara semakin merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat, terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Antara punca jerebu berlaku adalah:

  • Pencemaran udara (habuk tanah, letusan gunung berapi)
  • Pembakaran terbuka & Pembangunan tanah
  • Perlepasan dari kenderaan bermotor
  • Perlepasan dari industri

Tapi bagaimanakah jerebu ini boleh menjejaskan kesihatan anda? Berikut adalah kesan buruk jangka panjang dan pendek akibat dari jerebu:

Kesan buruk jangka pendek

  • Sakit mata, mata berair atau konjunktivitis (radang selaput mata)
  • Hidung berair, hidung tersumbat dan bersin
  • Tekak kering, sakit tekak dan/atau batuk, kahak.
  • Sakit kepala, pening, keletihan dan/atau tekanan.
  • Fungsi paru-paru merosot, menyekat saluran pernafasan, sakit dada, sesak nafas dan radang paru-paru.

Kesan buruk jangka panjang

Setakat ini, tidak banyak data yang boleh didapati mengenai kesan buruk jangka panjang kerana pendedahan jerebu. Ini kerana jerebu tidaklah memberi kesan kepada sesebuah lokasi geografi sepanjang tahun. Namun, menurut beberapa kajian, risiko jangka panjang jika kerap terdedah kepada jerebu adalah:

  • Proses penebalan arteri semakin cepat, menyebabkan punca penyakit penyakit vaskular.
  • Risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular semakin tinggi.
  • Penyebab kencing manis.
  • Keguguran, kelahiran bayi yang abnormal.

Langkah-langkah mengurangkan pendedahan kepada jerubu

  • Elakkan aktiviti fizikal di luar rumah atau bangunan jika perlu.
  • Sentiasa memakai topeng muka jika anda berada di kawasan luar rumah.
  • Elak daripada menggunakan lingkaran ubat nyamuk dalam rumah.
  • Menggunakan ventilasi ekzos apabila memasak.

Nasihat kepada orang ramai

  • Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk bacaan IPU di alamat url, https://apims.doe.gov.my/home.html , atau boleh memuat turun aplikasi MyIPU di ‘Google Play’.
  • Dapatkan info berkenaan jerebu di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) bagi mendapatkan nasihat kesihatan dan langkah-langkah pencegahan semasa jerebu.
  • Melarang sebarang pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
  • Malaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat sebarang kes pembakaran terbuka di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Jangan lupa juga ikuti kami di media sosial berikut!

Twitter: mykampusradio

Instagram: mykampus_radio

Facebook: mykampusradio

YouTube: MyKampusRadioPodcasts