Filem Pendatang: Dari Rakyat, Kepada Rakyat?

Bayangkan anda sekeluarga terperangkap dalam sebuah rumah dalam kawasan terlarang mengikut kaum dan tiba-tiba terjumpa seorang kanak-kanak berbangsa lain dalam rumah itu? Adakah anda akan menjaga kanak-kanak itu atau mungkin menyerahkan pada pihak berkuasa untuk dibunuh?

Ya, betul. Anda berada dalam filem Pendatang terbitan Kuman Pictures yang pernah menghasilkan filem Roh ditayangkan pada tahun 2020. Tayangan Perdana filem Pendatang telah diadakan di Lecture Theatre 21, Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor pada 22 November 2023 dan merupakan “batch” kedua tayangan perdana diadakan selepas Pavilion, Bukit Bintang.

Filem Pendatang adalah filem pertama yang berjaya meraih dana melalui “crowdfunding” dan bakal ditayangkan di YouTube pada 21 Disember 2023. Selain tayangan perdana, sesi QnA diadakan bersama pengarah, Ng Ken Kin, penerbit, Amir Muhammad dan para pelakon filem tersebut.

Info lanjut tentang filem ini boleh tonton interview kami bersama pengarah, Ng Ken Kin di Youtube MyKampusRadio!