
Semalam Atul dengan Fey turun SOGO KL sebab nak tengok sendiri Himpunan “Tangkap Mafia Korporat”. Sampai je dekat sana, memang dah nampak beberapa kumpulan masyarakat sivil berkumpul, antaranya MANDIRI, sekretariat #RCINOW, #HentiBungkamNGO, Hayat dan lain-lain. Orang pun makin ramai berkumpul dekat kawasan tu. Atul dengan Fey cuba tengok dulu apa sebenarnya yang berlaku dan dengar ucapan yang disampaikan oleh wakil-wakil yang ada. Suasana masa tu nampak terkawal, dengan polis pun berada di sekitar kawasan untuk pantau keadaan.


Antara yang Atul sempat dengar ialah ucapan Hishamuddin Rais. Dia banyak cakap pasal rasuah, kuasa dan keadaan kerajaan sekarang. Lepas tu Atul dengan Fey pun sempat interview beliau. Masa interview tu, dia memang cakap secara direct pasal Anwar Ibrahim dengan kerajaan Madani. Dia kritik PMX dengan agak keras dan kata pentadbiran sekarang gagal. Dia juga sentuh pasal cara kerajaan handle isu rasuah, termasuk tindakan yang dikenakan terhadap NGO dan aktivis.
Yang agak menarik, masa interview tu Hishamuddin Rais memang tak tahan sangat bahasa dia. Dia ada guna perkataan yang agak kasar bila bercakap pasal Anwar Ibrahim, termasuk sebut “motherf****r Anwar B. Ibrahim” dan beliau juga menyatakan bahwa “f**k ialah perkataan inggeris yang bermakna sucikan dirimu” sebagai ayat sindiran kepada PMX. Overall, banyak yang dia cakap memang tertumpu kepada kritikan terhadap Anwar Ibrahim dan cara kerajaan Madani mentadbir sekarang.


Lepas tu Atul sempat dengar Amir Hadi selaku Pengerusi MANDIRI . Yang mindblowing nya atul baru tau dia sebenarnya bekas Setiausaha Agung MUDA. Dia cerita pasal “Tangkap Azam” yang diorang buat bulan April haritu, termasuk isu Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Dia kata benda ni bukan baru pun sebab diorang dah banyak kali bangkitkan isu yang sama. Jadi kali ni diorang datang lagi untuk ulang balik persoalan yang masih belum terjawab.
Amir pun ada cerita pasal penahanan dia dengan Dobby Chew daripada MANDIRI dan HAYAT yang disiasat bawah AMLA. MANDIRI nafikan diorang terlibat dengan apa-apa kegiatan jenayah dan kata akaun diorang memang ada rekod kewangan serta diaudit. Dia juga banyak persoalkan pasal apa yang dia nampak sebagai layanan dua darjat terhadap NGO dan aktivis. Jadi masa dia berucap tu, memang banyak benda dia sentuh, daripada isu Azam Baki sampailah kepada tindakan yang dikenakan terhadap NGO.

Lepas beberapa wakil habis berucap, lebih kurang pukul 5 petang himpunan pun mula habis dan orang ramai beransur-ansur balik. Suasana pun makin reda, tak ada apa-apa kecoh yang berlaku sepanjang Atul dengan Fey dekat sana.
Atul rasa menarik juga dapat tengok sendiri apa yang berlaku dekat SOGO hari tu. Selama ni banyak dengar pasal isu ni dekat media sosial, tapi kali ni dapat dengar sendiri apa yang dibincangkan dan tengok suasana himpunan tu depan mata.
Tapi kalau ada lagi, atul takkan pergi. Sebab dengan cuaca yang panas dan keadaan yang sesak buat atul jadi lemas huhuhu.. Apa-apapun terima kasih kepada mandiri dan NGO yang lain atas kerjasama yang diberikan.


COMMENTS