Fakta Mengenai Anxiety Disorder dan Panic Attack

Hello geng! macam mana tahun baru 2021 korang? ada baik ke? haa diharapkan baik baik saje la ye. Ok.. korang pernah tahu tak penyakit Anxiety Disorder dan Panic Attack? ke dalam kalangan korang ada yang sedang mengalami masalah ni? so bagi sesiapa yang belum tahu, MKR akan kongsikan Fakta mengenai Anxiety Disorder dan Panic Attack.

Apa itu Anxiety Disorder?

Anxiety Disorder merupakan satu masalah yang berkait dengan emosi seperti mudah berasa sedih, takut, risau, tidak tenang dan pelbagai perasaan negatif sehingga dapat mengganggu rutin harian pesakit dan yang paling teruk dapat menjejaskan hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Panic Attack?

Panic Attack merupakan masalah ketakutan yang teruk secara tiba-tiba sehingga boleh menyebabkan sesak nafas, berdebar, pening, menggigil dan sebagainya. Mereka juga akan merasakan diri mereka seperti hendak mati.

Apa Yang Mereka Rasa Bila Mengalami Panic Attack?

#1 Kebanyakan orang yang mengalami Anxiety Disorder dan Panic Attack akan berfikir di luar jangkaan. Pemikiran sebegini dapat menguasai mereka sehingga berasa risau, sedih dan tidak tenang.

#2 Bila berlakunya Panic Attack, kebanyakan mereka akan berfikir bahawa diri mereka akan mati. Panic Attack kebiasaannya akan berlaku selama 10 minit dan yang paling teruk ada yang sehingga 1 jam.

#3 Orang yang mengalami masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack akan berasakan degupan jantung yang lagu dan tidak selesa di dada dan mereka akan berfikir itu adalah serangan jantung.

#4 Mereka juga mengalami masalah pernafasan seperti sesak nafas sehingga boleh memberi kesan terhadap otot-otot serta berasa kejang di tangan atau kaki.

#5 Sekiranya Panic Attack berlaku, mereka akan berasa sakit di ulu hati. Kebanyakan mereka akan fikir itu tanda awal kanser, tetapi kebanyakan mereka akan mengalami gastritis atau GERD.

#6 Mereka akan merasakan badan berdenyut-denyut dan penuh angin sehingga berasa letih walaupun tidak membuat sebarang kerja.

#7 Ada pesakit berasa sakit kepala sehingga tidak mempu melakukan kerja.

#8 Dengan memikirkan sesuatu perkara di luar jangkaan, kebanyakkan daripada mereka akan berasa risau sekiranya hendak berjalan jauh kerana bagi mereka itu boleh mengundang bahaya. Ada yang paling teruk sehingga tidak dapat memandu kereta atau sebagainya.

#9 Mereka juga mengalamai masalah mengigil dan mengeletar tanpa sebab.

#10 Kebanyakan mereka boleh mengalami masalah tidur yang kronik seperti insomnia.

So kepada sesiapa yang mengalami masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack ni, diharapkan cuba kawal emosi dengan baik, selalu positif dan keep fighting kerana setiap penyakit ada penawarnya.