Kekal Aktif Secara Fizikal Semasa “Self- Quarantine”

WHO mengesyorkan melakukan aktiviti fizikal moderate-intensity atau vigorous-intensity physical activity sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Saranan ini dapat dilakukan walaupun berada di rumah, tanpa peralatan khas atau ruang yang terhad. Berikut adalah beberapa tips mengenai cara untuk kekal aktif ketika berada di dalam rumah semasa self-quarantine.

Lakukan short active breaks pada waktu siang

Kegiatan fizikal yang singkat lebih senang dilakukan berulang kali dalam seminggu. Aktivit seperti menari, bermain dengan anak-anak, dan melakukan kerja-kerja rumah seperti membersihkan dan berkebun adalah kaedah lain untuk tetap aktif di rumah.

Ikuti online exercise

Manfaatkan banyak exercise secara dalam talian. Sebilangan besar adalah percuma dan boleh didapati di aplikasi atau YouTube. Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman melakukan latihan ini, berhati-hatilah dan perhatikan batasan anda sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Berjalan

Walaupun di tempat kecil, berjalan-jalan atau berjalan di tempat, dapat membantu anda terus aktif. Ingat! Jika anda pergi ke luar untuk berjalan kaki atau bersenam, pastikan untuk menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Untuk kesihatan yang optimum juga penting untuk diingat untuk makan dengan sihat dan kekal terhidrat. WHO mengesyorkan minum air dan bukannya minuman manis. Pastikan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan hadkan pengambilan garam, gula dan lemak.

COMMENTS