Rakyat Malaysia meramalkan PH akan tumbang di PRU yang akan datang dan UMNO berhak untuk merebut kerajaan Malaysia kembali. Tetapi persoalannya antara Zahid Hamidi dan Tokmat, siapakah yang akan memimpin UMNO ke arah kemenangan tersebut?
Zahid dipilih menjadi presiden UMNO dengan pertuduhan pecah amanah terbanyak mengalahkan BBF-nya iaitu Najib Razak. Zahid telah mengambil jalan selamat dengan mengadakan ukhuwah bersama parti PAS untuk memenangi PRU seterusnya.
Beliau mengatakan bahawa ukhuwah ini penting untuk orang Malaysia kerana memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu yang berbeza dari kerajaan sekarang yang lebih liberal.
Tok Mat, timbalan presiden UMNO yang semakin mendapat sokongan orang ramai ini adalah seorang menteri besar Negeri Sembilan. Berbeza dengan Zahid yang penuh drama, ternyata nama Tok Mat masih clean dari mana-mana pertuduhan.
Kalau Zahid nak geng dengan PAS, lain pula dengan Tok Mat yang pernah ajak Mahathir untuk bergabung kuasa membentuk kerajaan yang lagi better tetapi sayangnya cadangan itu ditolak. Tetapi Tok Mat tetap yakin tanpa bantuan PAS or PH, UMNO akan menjadi pilihan rakyat Malaysia pada PRU akan datang.
Tidak kisahlah sesiapa yang bakal menjadi president UMNO, kerjasama antara Zahid Hamidi dan Tok Mat masih diperlukan dalam memenangi PRU akan datang. UMNO lebih cantik dengan gandingan dua hero ni bak kata Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub.