- Branded mestilah mahal dan berkualiti
Mind set orang kita sekarang mahal je berkualiti sebab kita tahu makin mahal harga barang makin tahan lama , berkualiti dari segi material best , cantik , nampak lagi bergaya yang penting orang tahu brand tu paling bagus kan . Atas individu kadang brand tu mungkin fav atau memang terbiasa pakai barang branded .
2. Brand branded yang jadi tumpuan orang
Macam kita tahu brand yang famous Gucci , Chanel , Louis Vitton dan Prada ni memang jadi tarikan orang ramai biasanya orang yang kaya akan beli dan pakai sebab semua tahu barang jenama tu mahal . Jenama ni juga ada tiruan dan dijual dengan harga yang murah sebab tu tak pelik kalau kita tengok ramai yang pakai barang jenama branded.
3. “Bundle ” jadi tarikan rakyat di Malaysia!
Makin ramai yang jadi penggemar bundle tau sekarang , tak kira umur sebab walaupun barang secondhand” or reject tapi kualiti dia tiptop . Ikut nasib kalau pandai cari dapat lah yang cantik dan memang akan puas hati tau , yang penting banyak pilihan!
4. Murah tapi setanding barang baru
Dah nama pun bundle mesti semua tahu yang barang bundle dijual dengan harga yang murah giler , start dari RM2 je tau dan ada mencecah puluh atau ratus itu pun yang gred A dan branded tapi tetap murah lagi harga asal okay . Pandai selam bundle memang akan jumpa barang yang branded tapi dengan harga yang tak masuk akal .
5 . Bundle dan Branded mana satu pilihan hati
Mesti ramai yang confius mana satu elok , fav korang kan . Atas individu sendiri bukan ikut kaya atau tak , ada yang memang suka branded je sebab minat dan selesa , ada pula yang janji cantik dan berkualiti bundle pun dia beli . So prefer mana , branded or bundle? kalau saya , bundle!