Cabaran 1000 Rep, Badan Kurus Dalam 14 Hari.

Image: Chloe Ting

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni adalah masa yang sesuai untuk fokus pada badan anda sendiri. Tak perlu risau tentang tarikan kopi dalgona dan resepi pelbagai di sosial media, anda masih boleh tampil cergas apabila mengamalkan kalori defisit dan senaman di rumah.

Untuk result dalam masa yang singkat, anda boleh melakukan senaman 1000 rep di rumah. Ini merangkumi beberapa jenis senaman yang memerlukan anda untuk melakukan selama 1000 kali. Anda boleh fokus di bahagian peha, perut, dada dan lengan.

Nak buat senaman seluruh badan pun boleh asalkan cukup 1000 kali. Tengok contoh kat bawah ni.

Ada ramai Youtubers yang buat video 1000 rep ni. Contoh seperti Chloe Ting, Lilly Sabri, Mike Thurston dan Devan Kline. Pilih je mana yang serasi dengan jiwa korang!

Dah habis PKP nanti boleh lah show off result dengan kawan-kawan kan. Apa tunggu lagi, jom pakat ramai-ramai guna masa PKP yang ada ni.