Pembukaan 2020 tahun ini kita ditemani dengan bencana. Paling membimbangkan bila ia meranapkan beberapa buah kawasan.
Australia Kebakaran
Dilanda 3 bencana dalam pada masa yang singkat salah satunya kebakaran hutan, ribut debu, hujan batu, hujan lebat dan ribut petir.
Baru-baru ini juga Dubbo, New South Wales dilanda debu gergasi dan penduduk area Canberra dihujani dengan batu ais.
Ribut petir dan hujan lebat di bahagian pantai timur Australia berjaya meredakan kebakaran besar Australia tapi mereka dijangka mengalami banjir.
Biro Meteorologi, Jake Philips menjangkakan cuaca akan tetap berubah dari masa ke semasa. Click video ni kalau nk tengok how the koala survive!
Gunung Berapi Taal Filipina
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya gunung taal merupakan gunung berapi paling aktif Filipina! meletup pada 12 Januari 2020
Walaupun gunung ini merupakan gunung berapi paling kecil namun danau disana ranap akibat daripada kejadian tersebut
Yang paling menariknya, gunung ini mengeluarkan kilat ketika kepulan asap keluar.
Banjir, Jakarta
Waktu kita sambut New Year dengan bunga api, negara jiran kita mengalami banjir besar.
Tarikh 1/1/2020 sangat mengerikan bagi penduduk Indonesia.
Siapa sangka banjir ini meragut 60 nyawa di persekitaran Banten, Bogor dan Jakarta.
Walaupun dilanda banjir, ramai selebriti Indonesia menganggap banjir akan membawa luck yang baik selepas memasuki rumah mereka.
New Zealand Volcano
White Island ialah sebuah gunung berapi yang berhampiran dengan pesisiran timur teluk Bay of Plenty di Pulau Utara New Zealand.
9Disember 2019 tarikh letusan terakhir dan mula meletup semula pada awal tahun iaitu 13/1/2020.
Perasaan takut dan cemas bila pengunjung sendiri ada di kawasan tersebut dan sedang bersiar-siar menaiki kapal.
Kalau min ada kat sana, min dah menangis dulu >,<
Salji Di Arab Saudi
Arab terkenal dengan padang pasir tapi tak sangka di Barat Laut, Arab salji turun. Pelik sangat tengok iklim sekarang ni!
Tapi fenomena ini bukan lah luar biasa sebab sebelum ni pernah jadi pada April tahun lepas.
Baru bulan Januari tapi dah macam-macam jadi dekat bumi ni!