Top 5 Jubah Graduasi Universiti Paling Style di Malaysia

Hi semua! Demam konvokesyen kembali lagi! Sekarang ini, mesti anda semua tengah scroll media sosial dan nampak ramai yang mengenakan jubah graduasi masing-masing kan? Haa, kemain lagi semua nak flex keunikan jubah graduasi universiti ya.

Oklah, jom kita tengok jubah graduasi universiti mana yang paling style! Lesgo!

  1. USM
Photo by Saiful Haizad from Pexels

Akhir-akhir ini, jubah konvokesyen USM memang mendapat pujian ramai. Warganet khususnya di laman TikTok telah membuat perbandingan di antara jubah graduasi yang paling cantik dalam kalangan institusi pengajian Malaysia. Selain itu, ada juga yang mahu berdaftar ke USM hanya kerana jubah graduasinya lain daripada yang lain.

2. UPM

Merah dan silver sememangnya antara kombinasi warna yang jarang kita nampak kan? Selain itu juga, warna-warna hood yang dipakai oleh para graduan mereka di majlis konvokesyen juga berbeza mengikut fakulti dan sekolah pengajian graduan.

3. UIAM

Haa, ada vibes-vibes Assassin’s Creed tak? Saban tahun, inilah gambar kreatif graduan UIAM mahu remake. Memang tidak boleh dinafikan, ini semua sebab faktor jubah juga! Yela, kalau posing sehabis baik pun kalau jubah tak ons, mestilah kecewa juga kan?

4. UKM

Dalam dewan konvokesyen, UKM lah yang paling meriah! Nak tahu kenapa? Sebab setiap fakulti ada warna jubah masing-masing, dan dikatakan di UKM ada 15 fakulti! Maksudnya ada 15 jenis warna jubah yang berbeza. Walaupun design jubah agak ringkas, tapi sebab mereka kreatif dalam menentukan warna jubah bagi setiap fakulti, I like!

5. UTHM

Yang terakhir, jubah konvokesyen UTHM. Jubah mereka juga sama seperti UPM yang mengenakan warna hood yang berbeza untuk setiap fakulti.

Menarik, bukan? Pemakaian jubah dan papan mortar bukan sahaja untuk melengkapkan majlis. Ia juga satu simbol kejayaan setiap graduan, lambang di mana seseorang itu telah berjaya dalam pendidikannya. Ia juga merupakan satu inspirasi dan motivasi kepada generasi yang akan datang untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Happy graduation everyone!


Jangan lupa juga ikuti kami di media sosial berikut!

Twittermykampusradio

Instagrammykampus_radio

Facebookmykampusradio

YouTubeMyKampusRadioPodcasts