Bukan setakat cantik , ada baik dia juga!

1. Bunga Jasmine naise giler!

Bukan sekadar cantik dan sesuai di letak di dalam dorm malah bau wangi yang dikeluarkan dari bunga ni buat penghuni dorm lebih tenang yelah bangun pagi dah tengok bunga yang menarik , bau pula wangi dari stress pun terus tenang.

2. Aloevera Banyak effect Positif

Tak pelik kalau perempuan taktahu aloevera ni sebab bahan semula jadi untuk melicinkan kulit , bukan tu je tumbuhan ni sesuai di letak di tepi jendela sebab membunuh bakteria dan memberi oksigen yang segar pada malam hari so boleh buat kita tidur dengan lena dan bangun dengan keadaan fresh.

3. Gold Fish jadi tarikan

Benda hidup juga boleh digunakan untuk jadikan jendela dorm kita lagi menarik , gold fish memang terkenal di bela dan di letak dalam balang kaca di bilik kerana menarik dan menjadi tarikan bila masuk bilik , selain tu ada sesetengah orang yang stress bercakap dengan ikan sebagai satu terapi hilang stress.

4. Spider Plant hapuskan racun!

Bukan setakat tumbuhan yang menarik sebab bentuknya sama macam labah-labah tapi ada kebaikkan tersendiri iaitu dapat hapuskan racun di dalam dorm kita , dalam masa dua hari racun di udara dari perfume , baju kita atau habuk dalam dorm kita dapat dibersihkam , barulah bilik tu fresh!

5. Pokok lidah mertua the best!

Bagi saya pokok ni perlu ada di setiap bilik sebab banyak sangat impak positif selain membuatkan suasana dorm jadi menarik , ia boleh bersihkan udara , orang kata gas-gas ni punca kanser so pokok ni boleh mengurangkan risiko. Paling senang nak jaga , sebab letak dekat tingkap , boleh dala gelap dan kurang air . Senang!

COMMENTS