Bong Joon Ho: Menjadi “Parasite” di Oscar 2020

Image result for parasite

Filem arahan Bong Joon Ho iaitu Parasite telah memenangi 4 awards penting daripada 6 pencalonan pada Oscar ke 92. Selain Best Picture, ianya juga telah memenangi Best Director, Best Foreign Language dan Best Original Screenplay.

Semasa menerima awards untuk Best Director, Bong Joon Ho telah memberi ucapan penghargaan kepada director filem lain yang tercalon dalam Best Director iaitu Sam Mendes(1917), Martin Scorsese (The Irishman), Tod Philips( Joker) dan Quentin Tarantino (Once Upon A Time…In Hollywood).

Dia yang meminati Martin Scorsese berjaya menewaskan filem The Irishman dan sewaktu berucap dia sempat memetik quote Scorsese iaitu “The most personal is the most creative”. Dia mengaku banyak belajar daripada filem-filem Martin Scorsese sebelum ini.

Image result for quentin tarantino bong joon ho

Dia juga berterima kasih kepada penulis screenplay Once Upon A Time… In Hollywood iaitu Quentin Tarantino kerana sentiasa meletakkan filemnya di dalam senarai. Bong Joon Ho sempat bergurau untuk membahagikan trofinya kepada mereka.

Image result for parasite on cinema again

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton filem Best Picture Oscar ini, bolehlah segera ke cinema sekarang. Tayangan ini diadakan sempena kemenangan filem Parasite.

COMMENTS