Baru-baru ini team MKR menghabiskan hujung minggu kami di Sunway University untuk Pj Debate Open , Nak tahu apa yang menarik? jom !
Sampai je awal pagi kat sana, team MKR perhatikan ramai debaters dari pelbagai rupa dan gaya tersendiri bergilir-gilir mendaftar, sebelum mereka masuk ke bilik- bilik yang dijadualkan, Pelbagai gelagat dan riak muka , ada yang gelisah, ada yang buat rilek je , ada yang bersembang macam dah kenal lama.
Pada round pertama kesemua debaters bertungkus lumus memerah otak bersaing mempertahankan hujah masing-masing. Kawan pun menjadi lawan apabila mereka berdebat. Tapi korang jangan ingat dieorang tu berdebat dalam bahasa melayu tau, semuanya dalam bahasa inggeris !
Tak dinafikan orang muda kita semakin maju ke hadapan. Team MKR sempat masuk dan tengok sendiri depan mata pada round pertama.Kesemua judges tekun menanda kertas permarkahan sebab mereka pun harus berlaku adil dan peka dengan setiap isi-isi debaters.
Seorang demi seorang debaters mempunyai kelebihan masing-masing semasa berdebat dan kebanyakkan daripada mereka sudah mempunyai pengalaman mereka sendiri. Tengok je riak muka masing-masing dah menampakkan mereka bukan calang-calang debaters, berani dan penuh yakin tanpa ragu-ragu menyatakan hujah masing-masing.
Team MKR berkesempatan berjumpa dengan teammate YB Syed Saddiq yang juga turut bertanding , nak tahu? klik next page!