Berhujung Minggu Bersama Debaters!

Berhujung Minggu Bersama Debaters!

Apa yang best lagi? Haa team MKR berpeluang berjumpa dengan teammate YB Syed Saddiq uols!, siapa yang tak kenal dengan YB Syed Saddiq kan? beliau merupakan salah seorang pendebat Asia. Kalau korang dah rasakan beliau dah hebat dalam dunia perdebatan, korang kena tengok teammate dia sendiri yang berdebat pulak ,sama-sama hebat weh!! semua penonton fokus macam terpegun tengok mereka berdebat.

Apa yang team kami perhatikan, hampir semua debaters berborak dengan kawan-kawan mereka dalam bahasa inggeris, dan ada yang langsung tak fasih bercakap dalam bahasa melayu .Selain itu,antara perkara yang jarang-jarang kami tengok ialah cara dieorang bertepuk ialah dengan tepuk meja bukan bertepuk tangan selepas habis berdebat. Seterusnya, mereka akan diberikan short break selama 5-10 minit. Ketika itulah kelihatan mereka mengulangkaji isi topik yang diperdebatkan , malah ada yang berborak, ada yang main handphone dan banyak lagi lah !

Antara yang mendebarkan ialah ketika semi final, setiap team yang layak ke semi final bertungkus lumus untuk memastikan mereka layak ke final. Raut wajah tegang dan berkerut semasa mempertahankan hujah mereka mengambarkan struggle mereka berdebat.

Ketibaan YB Maria Chin dan YB  Rajiv Rishyakaran memeriahkan lagi forum pada hujung acara. Terpancar keterujaan para debaters apabila bertemu dengan kedua-dua YB tersebut. Mereka saling berebut menanyakan soalan kepada beliau tentang dunia politik. Walaupun ada yang sudah penat dan mengantuk tapi masih gagah memberi fokus kepada forum .

Nak tahu apa berlaku pada hari final dan siapa pemenang? sila klik disebelah

PAGES

1 2 3