10 Ritual Brutal Menjadi Lelaki Dewasa!

Kalau di Malaysia, berkhatan buat lelaki sudah cukup menunjukkan yang si lelaki tu dah akil baligh kan? Biasanya kedewasaan ditemukan sendiri oleh individu lelaki masing-masing. Tapi tanpa sedar wujud kepercayaan pelik tentang konsep lelaki sejati ataupun menjadi lelaki dewasa nie. Beberapa suku di dunia nie melakukan ritual-ritual pelik demi menentukan seseorang lelaki tu sudah layak digelar lelaki sejati atau belum? Berikut adalah ritual menjadi lelaki dewasa di serata belahan dunia, dijamin bikin korang bersyukur dengan kehidupan korang sekarang sebagai lelaki.

#1. Minum air mani, suku Sambia- Papua New Guinea

Pada usia tujuh tahun, anak lelaki dari suku Sambia, akan ditempatkan di sebuah pondok khas yang menempatkan semuanya budak lelaki dan juga lelaki tertua suku berkenaan, selama beberapa bulan. Selama tempoh ini, budak-budak lelaki nie akan dipaksa muntah serta dipaksa meminum air mani dipercayai untuk membersihkan diri dari ‘kotoran’ yang melekat. Haa air mani siapa pulak? Air mani lelaki tua suku tu lah huhuhu! Lepas dah buat ritual nie, barulah dorang digelar lelaki. Sebagai permulaan ritual, budak-budak lelaki yang berusia tujuh tahun akan dipisahkan daripada ibu dan ahli keluarga perempuan. Diletakkan dalam pondok khas dan berlangsungnya ritual menjijikkan nie.

#2. Maasai Warrior, Kenya- Tanzania.

Para pemuda suku Maasai melakukan ritual peralihan anak lelaki sekitar umur 10-15 tahun  ke alam dewasa yang akan dijadikan prajurit-prajurit yang baru. Malam sebelum upacara, setiap anak lelaki tersebut akan dibawa tidur di hutan dan kembali pada waktu siang. Setelah kembali ke perkampungan, mereka di haruskan minum susu yang di campur dengan darah lembu dan kemudian di sunat. Setelah disunat, semua suku Maasai akan menganggap dirinya seorang lelaki sejati, pahlawan dan pelindung dari kampungnya.

#3. Land diving, Vanuatu- negara kepulauan pasifik selatan.

Dalam ritual kedewasaan nie, para pemuda yang beranjak dewasa diharuskan memanjat konstruksi tiang-tiang kayu setinggi 30 meter atau lebih. Lepastu dorang kena lompat dari atas dengan kecepatan jatuh lebih kurang 72km/h. Yang menahan dorang hanyalah akar kayu  yang di ikat di kedua kakinya. Dalam ritual nie setidaknya kepala yang kena cecah tanah dulu. Salah perhitungan bererti nyawa melayang!

#4. Walkabout, suku Aborigin-Australia.

Bagi suku Aborigin, untuk menjadi lelaki sejati lelaki tu mestilah kena melakukan perjalanan seorang diri ke alam bebas menuju pendalaman Australia, sorang-sorang yerrrr. Bukan main-main, dorang pun harus bertahan selama 6 bulan tanpa bantuan dari keluarganya. Ancaman mati kelaparan, hipotermia (panas melampau), serangan binatang buas sangat mungkin terjadi di hutan dan padang rumput Australia. Ritual yang dinamakan walkabout nie bertujuan agar lelaki suku Aborigin memiliki kemampuan bertahan di alam bebas dan boleh bertahan seandainya suatu hari dorang kena pindah ke pedalaman lain.

#5. Hook hanging, suku Mandan- orang asli Amerika.

Lelaki suku Mandan diwajibkan berpuasa selama 4 hari tak boleh makan dan minum katanya untuk membersihkan tubuh dari kotoran. Lepastu ketua suku akan mengaitkan dada/bahu dorang dengan 2 buah stik kayu, lepastu dipaksa senyum pulak and barulah diikat dengan dua tali di mana kemudian di gantungkan di atap. Dorang tidak boleh menjerit ataupun menangis sehinggalah pemuda tersebut pengsan. Auchhh sakit kan? Yang lagi mengarut, ritual kedewasaan yang dikenal dengan panggilan Okipa nie- tempoh masa lelaki nie kena gantung dan dicucuk adalah sampailah lelaki tu pengsan dengan sendiri and bila dorang sedar lelaki suku Mandan nie wajib potong jari kelingking mereka! Dah lah kena cucuk, kena gantung sampai pengsan lepastu sedar-sedar pulak kena potong jari!

Ada yang lebih brutal! Click nextpage!

PAGES

1 2

COMMENTS