Berapa Banyak Air Harus Diminum Sehari?

Tubuh badan manusia memerlukan sekurang-kurangnya 60 peratus air kerana badan akan sentiasa kehilangan air melalui air kencing dan peluh. Untuk mengelakkan dehidrasi, anda perlu mendapatkan banyak air dari minuman setiap hari.

Berapa banyak air yang anda perlukan?

Berapa banyak air yang anda perlukan bergantung pada banyak perkara dan berbeza dari setiap orang. Bagi orang dewasa, cadangan dari The National National Academy of Sciences, Engineering, and Medicine adalah sebanyak:

11.5 cawan (2.7 liter) sehari untuk perempuan
15.5 cawan (3.7 liter) sehari untuk lelaki

Tetapi badan mungkin memerlukan lebih banyak air daripada orang lain. Berapa banyak air yang diambil bergantung pada keadaan seperti:

Pengambilan kafein – minuman berkafein akan mengakibatkan kehilangan lebih banyak air selepas membuang air kecil.

Diet – diet tinggi makanan masin, pedas, atau bergula serta jika tidak makan banyak makanan yang tinggi air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Persekitaran – menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah dengan sinar matahari atau suhu panas, anda mungkin akan merasa lebih cepat haus.

Produktif – aktif pada waktu siang dengan berjalan kaki dan banyak berdiri serta bersenam atau melakukan aktiviti lasak.

Kesihatan – mengalami jangkitan atau demam serta kehilangan cecair kerana muntah atau cirit-birit.

Mengandung atau menyusu – hamil atau menyusui bayi perlu minum air tambahan untuk kekal hidrasi.

Banyak faktor mempengaruhi berapa banyak air yang perlu diminum untuk kekal hidrasi melibatkan kesihatan, aktiviti dan persekitaran. Jadi, banyakkan minum air untuk kekal hydrated okay semua!