Kerajaan akan mansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Januari 2019 dengan bajet kewangan kira-kira RM20 juta setahun.

Fuhhh syoklah dorang-dorang kat kawasan berkenaan nak merempit nak me-ride lepas nie kannnnnn?

Sebelum nie dalam manisfesto Pakatan Harapan berjanji untuk menghapuskan tol di seluruh negeri Malaysia tetapi malang sekali tak dapat dilaksanakan. Aloooo kenapa pulaknya?

YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya Malaysia berkata- “Cadangan mansuhkan semua tol tak mudah untuk dilaksanakan atas sebab tekanan kewangan semasa dan implikasinya adalah kerajaan perlu menanggung pampasan tol sebanyak RM400 bilion.”

Lepastu beliau cakap lagi- “Setelah menimbangkan faktor tersebut, kerajaan setuju tangguhkan cadangan  mansuhkan tol sampai ekonomi negara nie stabil dan mengizinkan.”

Berita yang agak meng-happykan buat mamat-mamat rider, haaa abam-abam Penang and Johor yang bawak scooter ke, yang bawak super-bike ke apa-apa jelah- bergembiralah korang melenjan dengan tol yang free tu! Pada sis kalau tak dapat mansuhkan semua tol kat seluruh negeri nie pun takpa kot tapi kurangkan lah harga tol. Kot lah kot kotttttttttt ..

#tolfree

#penangjohorsingapore

#toldimansuhkan

#Malaysiabaru