Belanjawan 2019 : Emas di Tokyo!

Jom menang emas, dapatkan rm 100 juta untuk kebaikan kita bersama. Semarakkan sukan negara dengan lebih gemilang di samping memantapkan mutu fasiliti dan kepentingan atlet negara!

Ayuh semarakkan sukan negara kita dengan full support kepada para atlet negara yang akan berentap di Sukan Olimpik 2020 nanti. Jom rebut emas team belang!

“Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, walaupun hanya RM100 juta, peruntukan itu memadai memandangkan ia lebih dikhususkan kepada sukan yang berupaya memenangi emas pertama negara.”

Kalau korang nak tahu, peruntukan ni bukannya untuk mewahkan para atlet kita if menggulung kemenangan tetapi ia bertujuan untuk menaik taraf fasiliti team atlet dan jugak untuk kesinambungan life atlet malah  sebagai persiapan yang jitu dan mantopp dari para atlet dengan lebih baik.

Peruntukan itu akan juga akan melibatkan atlet normal dan paralimpik dalam Program Podium, program senior dan pelapis kebangsaan.

Moga dengan peruntukan ini atlet negara akan lebih bertenaga dan berazam tinngi untuk mendapatkan emas bagi setiap sukan yang dipertaruhkan. Nak emas kan?

Go!Go!Go!Team Belang!!!

 

#sukanolimpik2020

#harimaumalayateamsukses

#majulahsukanuntuknegara

 

COMMENTS