Belanjawan 2019: Peruntukan Boek Punya Untuk Pendidikan Tinggi!

Buat warga kampus sekalian, mesti korang nak tahu kan intipati menarik yang boleh bagi benefits untuk mahasiswa mahasiswi menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh menteri kewangan Malaysia pada 2 November 2018 yang lepas kan? Haa ini dia berita boek untuk korang kot ..

1. Bagi penuntut ataupun students IPTA, untunglah korang sebabnya kerajaan telah memperuntukan RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan IPTA dan nie termasuklah peruntukan khas untuk Universiti Malaya (UM) demi mencapai status Top 100 Universiti in the World. Haaa banyak tu uolls!

2. Haaa lepas nie cita-cita korang yang nak jadi doktor tu akan termakbul lah kot! Sebabnya RM90 juta telah diperuntukan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran. Manalah tahu korang antara dari 10,600 orang tu kan? Chaiyok!

3. RM2 juta diperuntukan kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahan sebagai sekolah sukan premier. Haaa buat adik-adik korang ke ataupun korang sendiri yang dah lama nak jadi atlet tu kan, lepas nie lagi selesa lah lagi syok lah korang nak bersukan!

4. Mengungguli peruntukan yang paling banyak kepada pembangunan pendidikan iaitu latihan, kemahiran dan bakat haaa macam ASWARA, GiatMara dan Vokasional lah nie uolls. Memang kaw-kaw kerajaan bagi iaitu dengan jumlah RM61.6 billion disediakan untuk sektor nie. Fuhhhh memang lepas nie lagi hebatlah korang nak polish bakat dan kemahiran korang tu kan?

5. Berita boek untuk students UiTM ataupun bagi korang yang dah plan nak masuk UiTM- kerajaan memperuntukan RM4 billion untuk UiTM. Bukan tu je uolls, kerajaan menambah bilangan kemasukan pelajar di UiTM kepada lebih 165 ribu orang dengan sasaran 250 ribu pelajar menjelang 2020. Haaa sis dulu kena reject dengan UiTM mungkin sebab kuota dah penuh kot kan? Sekarang tidak lagiiiiiii!

Image result

Haaa amacam korang, harap bermanfaatlah kot kannnn? Tapi kannnnn mana perginya voucher buku and kad siswa ehhhh? Takda pun kannn? Erhmmmmm takpalah kot! So kita enjoyyyyyy! Tiberrrrr  -.-

#bajet2019

#Malaysiabaru

#pendidikantinggi

#mahasiswamahasiswi