Bajet 2019 : Semua Restoran Terbuka Adalah Kawasan Larangan Merokok Mulai 1 Januari!

Bajet 2019 : Semua Restoran Terbuka Adalah Kawasan Larangan Merokok Mulai 1 Januari!

Berita gembira buat semua yang tertunggu-tunggu pengisytiharaan zon bebas asap rokok di semua restoran yang menjadi tumpuan umum ni kan, yela kadang-kadang kita yang rimas dengan asap rokok ni lah yang kena mengalah cari tempat lain yang jauh dari perokok-perokok ni. Si perokok pulak buat tak bersalah je.

Tapi berita buruk  lah buat si perokok tegar mahu pun tak tegar! Mana taknya kalau korang seorang yang dah terbiasa merokok dikawasan awam lagi-lagi di restoran , dah boleh-boleh lah korang belajar berhenti dari hari ni dan sekarang!

‘Semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan,Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye “

Mulai 1 Januari akan berkuatkuasa larangan merokok di semua premis makanan di negara ini, murung lah korang lepas ni bila lepak kat restoran tak boleh nak “isap kok lu” ! haha,Bukan dekat restoran je tau  termasuk lah warung-warung dekat tepi jalan.Haa pishang lah member kan!

Walaupun sebenarnya peraturan ni dah wujud lama bagi sesetengah restoran, Tapi start dari 1 januari memang dah wajib untuk semua restoran patuhi uols! Tak ada yang boleh terlepas lagi dah! Kat kedai mamak pun lepas ni dah tak boleh nak merokok ye semua.

“Dr Lee berkata, tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran yang tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).”

Kalau  gagal patuhi korang akan dikenakan denda dan  premis makanan tu sekali pun dikenakan denda tau. Kadar denda pulak bukan sikit-sikit jumlahnya tau! Haa kalau sayang duit tu nak bayar denda, kena lah beringat sikit ye!

So mulai sekarang korang dah kena start belajar tak merokok sesuka hati okay? nanti kalau dah kena tangkap, Jangan cakap kami tak bagitahu pulak.

Jom kita sama-sama support usaha Malaysia bebas asap rokok !

#smokeban #laranganmerokok #restoran #denda

 

COMMENTS