Netflix and Spotify Dikenakan Cukai, Yay Or Nay?

Netflix and Spotify Dikenakan Cukai, Yay Or Nay?

“Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020”

Untuk korang pelanggan setia netflix and spotify sudah pastinya ini berita yang tak best lah kan sebab before this kita kena bayar yuran bulanan je. Sekali kerajaan kenakan cukai pulak bermula 1 Januari 2020 ini.

Acane geng? Pasni tak boleh lah netflix and chill kita tukar sikit jadi netflix and cukai gitteww. Tapi belum confirm lagi berapa tax yang akan dikenakan cuma korang dah boleh start kira-kira berapa nak kena bayar include taxes ni huhuhu.

Siapa pengguna spotify family? Sebelum ni korang nak jimat cari member cukupkan 6 orang betul tk? Lepasni jangan ‘gaduh’ lagi ek dah tambah cukai lagi. Bincang elok-elok tau gais.

 

Bukan itu sahaja, semua perkhidmatan online dari luar negara macam Steam, Alibaba pun kena jugak. Cukai berkenaan termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital tauuuu *pening kepala eden*

Even dalam Bajet 2019 takde pun mention any website secara details so korang paham-paham sendiri lah ye mana website favourite korang tu macam online games ke shopping website ke haaa confirm kena jugak!

Sebab dan kenapa perkhidmatan online ni kena tax “Langkah percukaian ini akan mengimbangkan persaingan antara peruncit kedai dan kedai atas talian, terutamanya kedai atas talian yang dimiliki oleh syarikat luar negeri,” – Menteri Kewangan Lim Guan Eng

 

#Bajet2019 #Spotify #Netflix #Belanjawan2019 #cukai