Anorexia Nervosa, Kerisauan Berat Yang Melampau

Anorexia Nervosa merupakan satu gangguan makan (eating disorder) yang dipengaruhi  oleh ketakutan jika berat badan naik. Mereka yang menderita Anorexia terutama model, cenderung untuk mengamalkan diet ekstrim. 

Untuk mengelakkan kenaikan berat badan atau  menurunkan berat badan, mereka yang menderita Anorexia akan menyekat jumlah makanan dengan mengawal pengambilan kalori lalu muntah selepas makan. Tidak kira berapa banyak berat badan yang hilang, seseorang itu akan terus takut akan kenaikan berat badan.

Sekiranya anda menyedari ahli keluarga atau rakan mempunyai tabiat diet yang teruk dan sering tidak berpuas hati dengan penampilan, pertimbangkan untuk bercakap dengannya mengenai masalah ini. Walaupun anda mungkin tidak dapat mencegah gangguan makan mereka daripada berterusan, anda boleh membantu agar mereka mendapatkan rawatan yang lebih sihat.