Majulah Sporttsfilm untuk Negara.

Siapa kata filem berteraskan sukan tak layak diketengahkan kepada umum? Rakyat Malaysia masa kini sudah berfikiran terbuka menerima filem berdasarkan sukan sebagai tontonan dan memberi galakan sewajarnya kepada industri perfileman apabila filem -filem tersebut mampu meraih jutaan ringgit selpas beberapa hari filem ditayangkan.
Senarai 10 Sportsfilm dalam Industri Perfileman.
1. Rise of the Legend  ( Lee Chong Wei ).
Rise of the Legend merupakan filem biopik Malaysia 2018 di bawah arahan Teng Bee berdasarkan kisah inspirasi ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Beliau telah menjadi inspirasi kepada dunia apabila beliau bangkit dari kemiskinan dan menjadi pemain badminton terbaik dunia. Filem ini turut berasaskan sebuah buku autobiografi Lee yang telah diterbitkan pada tahun 2012 bertajuk ” Yang Berani menjadi Juara” (hasil terjemahan dari Bahasa Inggeris, Dare to be a Champion oleh Patty Tai Peck Sing). Bintang filem yang memainkan watak beliau adalah pendatang baru iaitu Jake Eng yang berusia 13 tahun dan Tosh Chan yang berusia 22 tahun telah dipilih dari lebih 2000 orang yang beraksi. Filem ini mendapat sambutan oleh orang ramai dan memperoleh jualan tiket bernilai RM 2 juta dalam 4 hari pertama ditayangkan di wayang.

Trailer Rise of The Legend ( Lee Chong Wei )
2. Ola Bola.
Filem Ola Bola adalah sebuah filem berteraskan sukan di bawah pengarahan Chiu Keng Guan dan dibintangi JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho, Bront Palarae, Taufiq Hanafi dan Frankie Lee. Filem ini berkisarkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016. Filem ini telah memenangi empat dari lima belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28. File mini telah mendapat sambutan dengan kutipan mencecah RM 8 juta setakat 13 hari ditayangkan. Setelah 18 hari ditayangkn di wayang seluruh Malaysia , Ola Bola meraih kutipan sebanyak RM 12 juta. Peningkatan kepada RM 14.5 juta menjelang kari ke 29 selepas ditayangkan.

Trailer Ola Bola
3. Rembat.
Rembat merupakan sebuh filem aksi komedi sukan Malaysia 2015 yang diarahkan oleh Shamyl Othman. Filem ini diterajui oleh Shaheizy Sam dan Aniu. Filem ini mengisahkan mengenai Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu) yang merupakan  dua orang penyokong tegar bola sepak tempatan.  File mini ditayangkan kepada umum pada 8 Oktober 2015 dan meraih kutipan sebanyak Rm 708 000. Filem ini juga telah memenangi anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke 28 pada tahun 2016 dalam kategori Cerita Asal Terbaik.

Trailer Rembat
4.  Jejak Warriors.
Jejak Warriors merupakan sebuah filem sukan Malaysia 2015 arahan Saw Teong Hin. Filem ini dibintangi oleh Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud, Bell Ngasri, Radhi Khalid, Sabri Yunus, Watie Elite, Husyairi Husain, Amir Raja Lawak, Shuk SYJ serta barisan pemain The Red Warriors. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 27 Ogos 2015. Filem ini telah ditayangkan  serentak di 72 buah pawagam di seluruh Malaysia (dan satu di Brunei) pada 27 Ogos 2015. Dan telah mendapat kutipan mencecah RM3 juta. Filem ini berjaya memenangi awards dalam Festival Filem Malaysia ke-28, menerusi kategori ‘Pengarah Terbaik’.

Trailer Jejak Warriors
5. Libas
Rosyam Nor, selepas kali terakhir memegang watak utama dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang. Filem ini turut dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Adam Corrie dan lain-lain. Filem mengangkat tema kesukanan yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia, iaitu Sepak Takraw. Filem ini berjaya mendapat 3 pencalonan dalam Festival Filem Malaysia 24 iaitu:

  1. Cerita Asal Terbaik – Martias Ali
  2. Sinematografi Terbaik – Mihd Shaufe Abdul Wahib
  3. Pengarah Harapan Terbaik – Jurey Latiff Rosli
  4. Kesan Visual Terbaik – Amru Najmi Osma

Trailer Libas
6. Shaolin Soccer
Shaolin Soccer adalah filem komedi sukan seni bela diri Hong Kong yang diarahkan oleh Stephen Chow, dan juga memainkan watak utama. Filem ini ditayangkan pada tahun 2001. Seekor  bekas monyet Shaolin menyatukan lima adiknya, bertahun-tahun selepas kematian tuannya, untuk menggunakan kemahiran seni bela diri mereka yang luar biasa untuk bermain bola sepak dan membawa Shaolin kung fu kepada orang ramai. Filem ini pernah memenangi 6 award.

Trailer Shaolin Soccer
7. Kung Fu Dunk.
Filem ini ditayangkan pada tahu 2008. Filem ini diterbitkan oleh Shanghai Film Group Corporation di Republik Rakyat Tiongkok, Emperor Motion Pictures di Hong Kong, dan MediaCorp Raintree Pictures di Singapura. Pelakon yang membintangi watak dalam filem ini adalah bintang Tionghoa: Jay Chou, Charlene Choi, Wilson Chen, Eric Tsang, dan masih banyak lagi. Cerita ni mengenai pasukan bola keranjang kolej tempatan yang membantu untuk mengalahkan sekolah saingan yang sangat kejam dan telah diharamkan Amerika Syarikat.

Trailer Kung Fu Dunk
8. Beautiful Boxer.
Filem ni agak lama sebab dia ditayangkan pada tahun 2003. Filem ni sebuah filem sukan biografi Thailand oleh pengarah berpangkalan di Singapura, Ekachai Uekrongtham. Ia menceritakan kisah hidup Parinya Charoenphol, Kathoey terkenal, pejuang Muay Thai, pelakon dan model. Dia digambarkan sebagai pemain lelaki kickboxer  Asanee Suwan.

Trailer Beautiful Boxer 
So, ini adalah antara senarai sportsfilm tempatan dan asia. Siapa kata, filem berteraskan sukan tak membawa kepada sambutan yang menggalakkan? Kehadiran filem- filem sebegini sedikit sebanyak meletakkan satu aras pemikiran yang lebih baik dan berkualiti untuk tatapan semua masyarakat pebagai bangsa. Sukan menyatukan rakyat. Majulah sukan untuk negara ! Yeahh !

COMMENTS