Be smarties as a game !

Be smarties as a game !

Banyak game yang ada masa kini menunjukkan pelbagai jenis genre. Bukan untuk seronok sahaja tapi game terkini juga telah “diupgrade” cara atau jenis permainan yang membolehkan kita untuk berfikir secara lebih meluas.
1. Teka teki silang
Teka teki silang bukanlah suatu game yang jarang didengari. Permainan teka teki silang ini memerlukan kita untuk mengisi ruang- ruang kosong pada kotak berwarna putihdan jawapannya haruslah sesuai dengan pertanyaan berdasarkan jumlah kotak yang disediakan. Petunjuknya seperti biasa ,dalam kategori “mendatar” dan “menurun” tergantung arah kata-kata yang mesti diisi. Permulaan kotak bermula 3×3 hingga 25×25, game ni mempunyai kombinasi tak terbatas. Ukuran kotak disesuaikan dengan peringkat, jumlah kata, dan terdapat dalam tiga level pelbagai.

Picture

2. The Curse
Menerusi game ini, Kita cuma perlu memecahkan 100 teka teki supaya boleh menentang kejahatan Mannequin. Mannequin adalah karakter dalam game ini dan ia akan menjelaskan tentang permainan game ini. Ada variasi dari jenis teka teki yang ditawarkan daripada game The Curse ni. Menyusun puzzle, dan  menggunakan daya ingatan dan daya untuk kita fokus. Sehinggakan teka teki yang memerlukan strategi.
Yang membuatkan game The Curse ni lebih best, level dalam game The curse ni tak dibuat dengan progresif, jadi misal kata korang tak boleh memecahkan salah satu teka teki tersebut, korang boleh pergi ke level terlebih dahulu untuk memecahkan level yang lain. Game ni korang boleh dapatkan di google playstore dan app store korang.

Picture

3. Math Genius Brain Trainer​
​Pada korang yang suka nak mengira-ngira ni, korang boleh lah download games ni sebab game ni menggunakan otak kita untuk mengira. Pada yang tak minat matematik pon boleh download. Sebab game ni boleh buat korang minat tau.
Selain tu dia boleh meningkatkan kemampuan matematik kita. Game ni jugak dapat membantu meningkatkan konsentrasi dan fokus.

Picture

4. Kahoot
Games kahoot ni sangat interaktif dan korang dapat peluang menguruskan sendiri jawapan di smartphone, pc atau tablet masing2. Dan kalau korang nak tau, game ni biasanya dimainkan para pensyarah untuk meningkatkan daya penarik dan tumpuan para pelajar untuk terlibat dalam class. Dan cara cara permainan dia adalah, dia ada systemranking, setiap kalau selepas soalan dijawab. Akan keluar ranking, 5 pelajar dengan markah paling besar. Top 5 lah kiranya. Pelajar yang menjawab paling cepat dan paling tepat daripada pilihan jawapan, akan berada di ranking paling atas. Dah tentu lah, mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab dengan paling betul dan paling cepat kan. Dan 10juta telah download games ni di google playstore dan app store. Aplikasi ni korang boleh download free je dalam smartphones korang tu.

Picture

So, ini adalah senarai game yang boleh mencabar IQ korang. Jangan lupa install kalau nak try yeaa !