Atlet-atlet Malaysia yang terkenal di Sukan Asia ke-19

Sukan Asia 2023 (ASIAD) yang diadakan setiap empat tahun, kali ini akan berlangsung pada 23 September sehingga 8 Oktober 2023 di Hangzhou, China.

Antara acara-acara yang bakal dipertandingkan adalah badminton, hoki, olahraga, gimnastik, taekwondo, sepak takraw, e-sports, dan macam-macam lagi.

Terdapat juga 45 buah negara yang akan menghantar kontinjen-kontinjennya untuk menyertai Sukan Asia 2023 ini. Antaranya adalah:

Malaysia juga adalah antara negara yang menyertai ASIAD pada kali ini. Ha, dalam banyak-banyak atlet negara kita, mesti ada yang sekali pandang je mesti kenal kan? Jom kita lihat siapakah mereka!

Lee Zii Jia

Tidak dinafikan lagi, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini merupakan pemain badminton negara yang tidak asing lagi di negara kita. Beliau dikatakan merupakan pelapis Lee Chong Wei setelah berjaya mengharumkan nama Malaysia melalui pelbagai kejohanan badminton perseorangan lelaki. Setakat ini, beliau telah menyertai Kejohanan Asia 2022, Sukan Asia Tenggara 2019, Sukan Olimpik 2020, dan banyak lagi. Pencapaian terbaik beliau adalah memenangi Seluruh England 2021.

Pandelela Rinong

Dato Pandelela Rinong anak Pamg, atau Pandelela Rinong ialah seorang atlet Malaysia bagi acara terjun. Berketurunan Bidayuh, beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur seawal umur tujuh tahun. Pandelela membuat kemunculan sulungnya semasa Kejohanan Remaja Akuatik Asia 2007 dan memenangi empat pingat emas. Tambahan lagi, beliau merupakan penerima Anugerah Ikon Belia Sukan sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2016 dan juga memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya.

Nur Dhabitah Sabri

Nur Dhabitah Sabri merupakan seorang atlet penerjun Malaysia. Berumur 24 tahun bukanlah penghalang beliau untuk menjadi atlet penerjun yang terkenal. Beliau mula berkecimpong dalam sukan tersebut semasa kecil lagi. Atas sokongan kedua-dua ibu bapa, beliau telah memenangi banyak pingat melalui pelbagai pertandingan yang disertai. Antaranya adalah Sukan Komanwel, Sukan Asia Tenggara, FINA Diving Grand Pix, Asian Diving Cup, dan banyak lagi.

Muhd Azeem Fahmi

Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi, 19, atau lebih mesra disapa Azeem, merupakan pelari pecut Malaysia. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak melanjutkan pelajaran dalam fisiologi senama dan kinesiologi di Universiti Auburn, Alabama. Azeem memenangi pingat emas Sukan Sekolah ASEAN 2019 dalam acara 200m akhir dengan catatan masa 21.63 saat. Beliau pernah memecahkan rekod negara yang dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan semasa Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 dengan 10.09 saat semasa saringan. Baru-baru ini, Azeem telah mendapat pingat gangsa di ASIAD 2022 dengan catatan masa 10.11 saat di acara 100m. Tahniah Azeem!

Skuad Dota2

Pemain Dota 2 negara yang dibarisi oleh Yap Jian Wei, Ng Wei Poong, Cheng Jin Xiang, Chan Kok Hong, Thiay Jun Wen, dan Tue Soon Chun juga telah mengharumkan nama Malaysia baru-baru ini di ASIAD 2022 seteleh memenangi pingat gangsa selepas menewaskan Kyrgyzstan 2-0 melalui e-Sukan Hangzhou.

Sharul Aimy

Sharul Aimy, atau nama sebenarnya Muhammad Sharuk Aimy Kamarul merupakan wakil Malaysia bagi acara gimnastik lelaki. Beliau dilahirkan di Terengganu dan sebagai rekod, Sharul pernah membawa pulang pingat perak dalam acara melombol (vault) pada kejohanan Egystian Pharaohs Cup 2021 di Mesir. Sukan Asia ke-19 ini pula, beliau meraih pingat gangsa sekaligus menamatkan penantian gegara selepas 17 tahun dalam acara tersebut.

Aaron-Wooi Yik

Aaron Chia dan pasangannya Soh Wooi Yik adalah merupakan pemain beregu lelaki yang bukan sahaja dikenali oleh masyarakat Malaysia, malah juga terkenal di seluruh dunia. Mereka merupakan finalis Terbuka England dan pemenang pingat emas dalam Sukan Asia Tenggara 2019. Selain itu juga, mereka telah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Mereka juga memenangi pelbagai acara badminton beregu lelaki dalam Kejohanan Dunia 2022 (emas), Piala Sudirman 2021 (gangsa), Kejohanan Asia 2022 (perak), Sukan Komanwel 2022 (gangsa), dan banyak lagi.