Atas Angin Festival 2026: Last shine sebelum tutup kedai

Atas Angin Festival 2026: Last shine sebelum tutup kedai

Korang pernah tak pergi satu event yang sepatutnya sedih, tapi akhirnya jadi salah satu celebration paling meriah dalam hidup korang? Itulah yang saya rasa masa pergi Atas Angin Festival: One Last Shine. 36 peformer feturing Grey Sky Morning, Hujan, Bittersweet, Gerhana Ska Cinta dan Fynn Jamal.

14 Februari 2025, rooftop MyTown Cheras dah mula sesak. 3,000 orang membanjiri atap mall untuk satu misi yang sama, celebrate Atas Angin sebelum mereka hiatus seketika. Dan satu benda yang saya perasan RAMAI GILA yang pakai parka! Hahaha, lain sangat dari edisi-edisi sebelum ni.

Matahari terik gila. Panas dan penat mula creep in, tapi crowd tetap stay. Tahun ni mereka tukar format 2 stage je berbanding 4 stage macam dulu. Lebih manage, lebih organized. Sound quality pun top-notch. Jelas dengar every instrument. Ini lah kualiti yang Atas Angin jaga dari dulu.

Masa performance 6itxh Sense dan Da Vagabonds, langit mula gelap. Mendung. Orang mula happy. But then HUJAN LEBAT GILA! Hahaha, literally hujan sebelum hujan. Tapi korang tahu apa yang paling gila? Ada crowd yang STAY dalam hujan demi nak enjoy Da Vagabonds habis-habisan! Lenjut, basah kuyup, tapi puas. That’s dedication, guys. That’s what indie music scene is all about.

Bahagian yang paling touch my heart. Fynn Jamal – the only women artist dalam festival kali ini – dia literally steal the show. Sebelum perform, dia akui dia segan dan takut. Dah lama hilangkan diri dari scene. Takut orang judge kerana penampilan dia. But you know what? Crowd tak kisah. We don’t judge. We just appreciate good music and real emotion.

Bila dia start nyanyi “Arjuna Beta”… Air mata lelaki jantan jatuh. Tak tipu. Saya nampak orang sebelah saya lap air mata diam-diam. The emotion was REAL. Suara dia was something special.

Dan masa dia perform lagu terakhir set dia – “Ayahanda” – Fynn sendiri menangis. Dia sangat menghargai crowd yang ada, yang support dia, yang bagi dia space untuk express segala perasaan sedih. Masa tu semua orang lepaskan segala perasaan together. It was beautiful.

Kena puji jugak strategi dua stage tahun ni. Lebih intimate, lebih focused. Takde lagi rushing dari satu stage ke satu stage sampai tertinggal half performance. Semua orang dapat experience every set dengan sempurna. Dari segi accomadation seperti pengurusan tiket, tahun ini lebih efisen dan mudah. Security yang lebih releks, dan event staff yang sangat helpful dan berhemah dalam menegur dan membantu crowd.

Ini bukan sekadar festival. Ini celebration of what indie music scene Malaysia has become. Ini appreciation untuk Atas Angin yang dah bertahun-tahun bagi platform untuk artis-artis indie kita shine.

Tetapi, apa seterusnya untuk festival musik indie Malaysia? Atas Angin dah takda. The void yang besar telah terbuka. Siapa yang mampu fill the shoes yang Atas Angin tinggalkan? Siapa yang akan bagi platform macam ni untuk artis-artis indie kita? Siapa yang akan jaga kualiti sound, crowd experience, dan artist welfare dengan dedikasi yang sama seperti mereka buat?

Ini bukan soalan yang mudah. Atas Angin bukan sekadar festival, mereka ecosystem. Mereka family. Dan bila family tinggalkan kita, of course kita akan sedih. Tetapi kita akan tunggu mereka untuk kembali bersama semula.

Terima kasih kepada Arif Bam dan team Atas Angin. Korang bukan sekadar organize festival, korang built a community. Korang tunjuk yang indie music scene Malaysia boleh stand on its own feet tampa bantuan Kerajaan. Terima kasih kepada semua band dan artis yang perform hari tu.

One Last Shine, sampai jumpa lagi. Terima kasih daripada kami team MyKampus Radio.