“NORA: I must stand on my own two feet if I’m to get to know myself and the world outside. That’s why I can’t stay here with you any longer.”
― Henrik Ibsen, A Doll’s House
Percaya atau tak Ibsen dah backup wanita dari ratusan tahun dulu melalui novel A Doll’s House! Dimanakah hak wanita untuk bersuara ketika ini?
Perempuan jaga anak ! Memasak ! Basuh baju ! Duduk Rumah!
A Doll’s House keluar pada tahun 1879 di Norwegia, Eropah. Henrik Ibsen penulis terkenal selepas Shakespeare dan digelar sebagai “Bapa Realisme” kerana karyanya berdasarkan masyarakat sekelilingnya. Dia ada lebih 10 keluaran bukunya mengenai Realisme!
Ini dia serba sedikit inti pati cerita Doll House!
Throwback balik zaman eropah dulu, muncul kisah dimana seorang perempuan bernama Nora berkorban untuk suami dia iaitu Torvald yang sakit. Dia lah perempuan yang perlu menjaga anak dan hal rumah tangga. Christine dan Nora bersahabat baik dan selalu berkongsi cerita.
Selepas sembuh suaminya bekerja dibank, dia ada pekerja dibawanya iaitu Krogstard. Rupanya Torvald tak suka dengan lelaki tu dan berhentikannya. Tapi tanpa disangka Krogstad telah berjumpa dan mengugut Nora supaya dia boleh dapat balik kerja dia sebab dia tahu rahsia disebalik Nora.
Siapa sangka Nora telah membuat LOAN secara haram dengan menggunakan tandatangan ayahnya yang dah mati sebab tu Krogstad ugut Nora.
Macam-macam cara yang dia dah gunakan untuk bantu Krogstad untuk dapatkan kerja dia semula tapi Nora gagal! Dia terus diugut sehingga suaminya dapat tahu mengenai pinjaman haram tersebut.
Torvald dengan rasa marah mengatakan yang dia adalah perempuan tidak bermoral dan bermaruah. Tiba muncul satu surat di Mailbox rumah mereka ketika pertengkaran tengah berlaku dimana ia menyatakan permohonan maaf dan pemulangan surat loan.
Rupanya Krogstad berjumpa dengan Christine dan mengetahui mengapa Nora membuat perkara haram itu. Punca daripada ayah yang mati dan adik-beradik yang perlu dijaga. Duit tu pun digunakan untuk rawat Torvald ketika sakit.
Tak ada sikit pun rasa bersalah terdetik di hati Torvald selepas marahnya dan hanya sekadar menyatakan “I Maafkan You”. Ego yang tinggi dan sikap boleh berubah sekelip kata membuat Nora meninggalkannya.
Lelaki yang boleh membimbing dia dan anaknya saja layak untuk bersamanya. Nora memilih untuk keluar dari rumah dan meninggalkan suaminya dengan niat dia akan hidup bebas. Zaman Ibsen, Nora lah orang yang berani untuk abandon suaminya.
Melalui karya ni, dulu wanita tidak dilayan sama rata sebab mereka ditindas dengan positions yang ada. Secara tak langsung, era kini wanita bebas bersuara untuk pertahankan hak mereka sendiri!