Influenza A masih belum reda, kita digegarkan lagi dengan wabak virus Corona yang berasal dari Wuhan, China. Setakat ni masih belum ada sebarang ubat atau antivirus untuk membunuh virus tersebut. Maka langkah berjaga-jaga adalah super penting untuk elakkan diri dari dijangkiti.
1. Membasuh Tangan
Basuh tangan anda dengan kerap menggunakan sabun pencuci tangan sekurang-kurangnya 30 saat.
2. Pakai Mask Muka
Virus ni mudah merebak melalui sentuhan & juga udara. Pastikan diri anda memakai mask yang bersih. Elakkan memakai mask yang sama selama beberapa hari.
3. Pastikan Makanan Masak Sepenuhnya
Makanan seperti ayam, daging, ikan & juga makanan laut hendaklah dimasak sepenuhnya bagi mengelak jangkitan virus.
4. Elak Pergi ke Tempat Sesak
Semakin ramai orang,semakin tinggi risiko untuk dijangkiti. Lebih baik elakkandulu diri daripada pergike tempat-tempat yang sesak seperti mall dan taman rekreasi. Kesihatan nombor 1 okey!
5. Jangan Pegang Haiwan Liar & Berbisa
Haiwan liar & berbisa tak dapat dipastikan bebas virus. Play safe, tak payah pegang. Makan pun jangan sesekali.
6. Dapatkan Rawatan
Kalau anda ada mengunjungi China baru-baru ini, atau ada simptom-simpton yang berkait dengan virus Corona, segera dapatkan rawatan. Jujur pada doktor anda tentang keadaan kesihatan dan segala maklumat diri anda.