5 Velodrom Di Malaysia

1- VELODROM RAKYAT

Velodrom Rakyat, Ipoh (Dibina pada 1985)

Velodrom Rakyat ini merupakan trek velodrom pertama yang dibina di Malaysia. Pembinaan trek ini telah menelan kos sebanyak 3.25 Juta. Trek ini juga berukuran sepanjang 250 Meter dan telah menjadi tuan rumah kepada banyak acara nasional dan antarabangsa termasuk acara Kejohanan Berbasikal Dunia B pada tahun 1997, Trek Piala Dunia tahun 2000 dan 2001 serta acara berbasikal pada Sukan Asia Tenggara 1989.

2- VELODROM CHERAS

This image has an empty alt attribute; its file name is klvelo2303-650x432.jpg
Velodrom Cheras, W.P Kuala Lumpur (Dibina pada 1989)

Trek Velodrom Cheras ini berkeluasan 4.8 Hektar dan mempunyai trek sepanjang 333.3 meter serta boleh menampung kapasiti penonton sebanyak 2,132 orang. Trek ini juga telah menjadi saksi dalam kelahiran jaguh berbasikal negara seperti seperti Rosman Alwi, M.Kumaresan, Rizal Tisin, Mohd Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa dan ramai lagi. Di sini juga telah diadakan beberapa acara kejohanan besar antaranya Temasya Sukan Komanwel 1998, Sukan SEA 1989 dan 2001, Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dan Kejohanan Berbasikal Trek Grand Prix Asia Tenggara dan kini velodrom Cheras ini sudah tidak lagi digunakan.

3- VELODROM NASIONAL

This image has an empty alt attribute; its file name is 29th-SEA-Games-KL2017-Velodrom-Nasional-Nilai-Negeri-Sembilan-650x488.jpg
Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan (Dibina pada 2015)

Trek Velodrom Nasional ini bernilai hampir 80 Juta dan diiktiraf sebagai trek velodrom terbaik di dunia oleh jaguh keirin dunia iaitu Azizulhasni Awang. Velodrom ini telah dibina pada Januari 2015 dan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Velodrom ini mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu jenis spruce dengan kapasiti 1,800 tempat duduk penonton serta dilengkapi kemudahan lain seperti ruang pejabat, surau serta 20 fasiliti untuk kegunaan Orang Kurang Upaya (OKU).

PAGES

1 2