5 Velodrom Di Malaysia

4- VELODROM JOHOR

Velodrom Johor, Iskandar Puteri, Johor (Dibina pada 2019)

Velodrom ini berkeluasan seluas 2.54 hektar dan mempunyai trek sepanjang 250 meter serta mampu menampung kapasiti penonton sebanyak 700 orang. Trek ini dikelaskan dalam kategori 2 berdasarkan spesifikasi Union Cyclist International (UCI).

5- VELODROM DUNGUN

Velodrom Dungun, Terengganu (Dibina pada 2019)

Kos asal pembinaan velodrom ini ialah 11.8 Juta dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022 serta tujuan pembinaan velodrom ini ialah untuk pembangunan sukan berbasikal negeri dan bukannya penganjuran bertaraf antarabangsa. Projek pembinaan velodrom pertama di pantai timur ini terletak di Dungun serta mendapat jolokan ‘Velodrom Azizul hasni Awang’ dan trek ini merupakan aset di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara(MSN) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) yang terletak di atas PT 14878(Lot 71834) berhampiran Masjid Balai Besar dan Sekolah Menengah Balai Besar serta Sekolah Kebangsaan Balai Besar dengan jarak lebih kurang 4km dari pusat Bandar Dungun.

PAGES

1 2