Program Detektif Kampus di UniMAP, Perlis.
Program Detektif Kampus yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memang padu dan penuh vibe kreatif. Sepanjang program, warga UniMAP jelas menonjolkan idea-idea segar, cara fikir luar kotak dan semangat kerjasama yang tinggi, memang sesuai dengan identiti generasi sekarang yang berani menyahut cabaran dan inovatif. Program ini dijayakan melalui kolaborasi bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP yang banyak membantu dari segi penyelarasan dan kelancaran acara. Turut mencuri tumpuan ialah Pameran Seni BERSAMA 2050 yang menambah elemen seni dan visual menarik. Program ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena inisiatif Visit Malaysia 2026, sekali gus menghidupkan suasana kampus.


Gambar MyKampus Radio bersama dengan para MPP UniMAP sebelum dan selepas program Detektif Kampus berlangsung.






























Gambar suasana di kawasan Program Detektif Kampus

Bukan sahaja pelajar tetapi Polis Bantuan UniMAP pun sertai program kami tau!

Gambar bersama dengan Timbalan Yang di-Pertua MPP UniMAP sesi 2025/2026
