17 Disember 2025 – Roadshow Kembara MKR di UCTATI, Chukai,Terengganu

Program Detektif Kampus di UCTATI, Chukai, Terengganu.

UCTATI Chukai – Program Detektif Kampus di UCTATI berlangsung dengan penuh kemeriahan walaupun hujan lebat turun sepanjang program dijalankan. Cuaca yang mencabar tidak mematahkan semangat para pelajar untuk hadir dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti interaktif yang dianjurkan. Program ini berjaya dilaksanakan hasil kolaborasi bersama Kelab Kesenian dan Kebudayaan UCTATI, yang turut bekerjasama dalam penyediaan ruang dan sokongan program. Selain itu, Pameran Seni BERSAMA 2050 turut dipamerkan sebagai elemen sokongan bagi memberi sentuhan kreatif kepada suasana program. Program ini juga mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selaras dengan inisiatif Visit Malaysia 2026, sekali gus mengeratkan komuniti kampus.

Gambar bersama wakil pelajar UCTATI.

Gambar suasana di kawasan program Detektif Kampus.

Gambar yang berjaya mendapatkan totebag dan baju.

Terima kasih kepada Presiden Kelab Kesenian dan Kebudayaan UCTATI atas sumbangan dua beg sandang belakang. Sebagai tanda penghargaan, pihak kami turut menyerahkan tote bag kepada mereka.