Program Detektif Kampus di UniKL MICET, Alor Gajah, Melaka.
UniKL MICET – Program Detektif Kampus berjaya menarik penyertaan pelajar melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan berinformasi. Programgram ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pihak Sekretariat Rakan Muda, memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mengenal pasti penipuan digital melalui sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman.
Program ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selaras dengan inisiatif Visit Malaysia 2026. Pameran Seni BERSAMA 2050 yang dipamerkan pula memberi inspirasi kreatif serta membuka peluang penyertaan pelajar untuk edisi akan datang, sekali gus mengeratkan komuniti kampus.


Gambar kami bersama lima orang wakil pelajar UniKL MICET.









Gambar suasana di sekitar program Detektif Kampus di UniKL MICET.
