10 Must Try Bubble Tea!

Sekarang ni, pantang ada kedai bubble tea baru buka mesti berpusu-pusu orang akan datang. Netizen memang tak kisah beratur panjang asalkan dapat rasa kesedapan bubble tea tu. So dekat sini akan di listkan 10 bubble tea yang korang mesti cuba.

Tealive 

Okay brand ni semua orang dekat Malaysia ni tahu. Tealive ni boleh dikatakan lama juga dah bertapak di Malaysia. baru-baru ni Tealive ada keluarkan Bang-Bang series yang terdiri daripada 4 Flavour iaitu:

  1. Bang-Bang Milk Tea with Brown Sugar Warm Pearls.
  2. Bang Bang Fresh Milk with Brown Sugar Warm Pearls.
  3. Bang Bang Chocolate with Brown Sugar Warm Pearls.
  4. Bang-Bang Coffee with Brown Sugar Warm Pearls.
  5. Bang Bang Horlicks Milk Tea with Brown Sugar Warm Pearls.

Kebanyakan orang memang akan pilih satu antara 5 ni lah sebab yang ni memang the best of the best orang kata.

Xing Fu Tang

Xing Fu Tang ni sebenarnya berasal dari Taiwan. Start dari tahun 2018, Xing Fu Tang ni dah berjaya mengembangkan perniagaan diorang ke serata dunia. Apa yang paling menariknya adalah dekat Xing Fu Tang ni korang boleh nampak macam mana pearl tu dimasak, sebab diorang ni buat open kitchen style jadi korang boleh tengok sendiri macam mana tearista tu buat air korang.

Xing Fu Tang punya signature drink adalah, Brown Sugar Boba Milk (cold). Kalau korang order ni, nanti tearista tu akan ajar macam mana cara nak minum air. Kelas kau, Nak minum pun ada cara.  Korang boleh check Xing Fu Tang untuk tahu outlet nearby korang.

https://www.facebook.com/XFTMALAYSIA

The Alley

Dekat The Alley ni korang wajib cuba dia punya Brown Sugar Deerioca Creme Brulee Milk. Sebab air ni ada orang kata sedap, ada pulak yang kata overrated. So apa kata korang try sendiri dan let us know how it taste! kalau korang nak tau outlet mana yang terdekat dengan korang, korang boleh usha dia punya website http://www.the-alley.my/

Tiger Sugar 

Tiger Sugar ni pun berasal dari Taiwan. Diorang mula beroperasi pada tahun 2017 di Taiwan dan sekarang ni dah masuk dalam pasaran Malaysia.

Top 3 yang korang patut try dekat sini adalah:

  1. The best-selling Brown Sugar Boba Milk with Cream mousse (RM12.90), Yang ni walaupun nama dia nampak macam manis, tapi sebenarnya tak manis sangat pun! sedap gila, korang patut cuba!
  2. Black Tea Latte with Cream mousse (RM10.90).
  3. Brown Sugar Green Tea with Boba or Pearls (RM9.90), Kalau korang bukan peminat susu atau Milk tea korang boleh lah try yang ni.

korang boleh tengok FB https://www.facebook.com/TigersugarMsia/ untuk tahu diorang bukak outlet dekat mana.

The Black Whale 

Black Whale ni pun new kids on the block dekat Malaysia ni, dan diorang tak banyak sangat pun outlet lagi. Tapi diorang punya bubble Milk dengan Milk Tea korang kena try! Kalau kedai lain kebanyakannya serve Fresh Milk kan dekat sini diorang ada Brown Sugar Whaletball Avocado Milk (RM18.90) lain daripada yang lain kan, so make sure korang try okay!

untuk maklumat lanjut boleh usha website diorang https://www.theblackwhaletea.com/

Daboba

Daboba ni yang lainnya adalah diorang ada golden pearl! haa golden tu takdelah warna gelap macam yang kita biasa minum tu. Kalau dekat daboba ni korang kena try dia punya Roasted Brown Sugar, dia punya air ni bukan biasa-biasa tau dekat atas tu ada Cheese! ni link FB diorang untuk rujukan korang https://www.facebook.com/dabobatea/

Chatto 

Chatto ni baru je bukak dekat Lembah Klang, Before ni dia ada cawangan di Ipoh, Perak sekarang dah makin bertambah cawangan. Chatto punya air pun lain dari lain, diorang ada charcoal milk tea dan yang penting rasa dia tak se-heavy bubble tea yang lain. korang boleh tengok website diorang untuk tengok menu yang dia tawarkan https://www.chatto.com.my/

KOI

KOI antara bubble tea yang famous dan mudah dapat, sebabnya KOI ni punya kedai banyak beroperasi dalam Mall jadi dia reachable lah kepada semua orang. KOI ni punya price range agak mahallah, tapi kalau korang memang tengah buat boba tea hunting dengan kawan-kawan jangan lupa masukkan KOI dalam list korang okay!

JLD Dragon

JLD Dragon juga bermula di Taiwan. JLD Dragon ni ada 30 outlet dekat Taiwan dan sekarang dah tiba di Malaysia! Peminat bubble tea yang dah try JLD Dragon ni semua kata air ni berbaloi teruk! so korang jangan lupa try okay.

Chatime 

Selain tealive, Chatime juga merupakan salah satu brand Bubble tea yang dah lama bertapak di Malaysia ni

Tapi korang kena beringat jugak dalam meng-hunting bubble tea ni, make sure korang tak minum sehingga boleh dapat diabetes! kena selalu ingat yang too much of everything is not good for our body tau!