19 Tahun Pemergian Along Spoon

 

Korang mesti tahu kan lagu Rindu-Serindunya yang pernah popular pada lewat 90-an.  Ramai yang tahu lagu ni tapi ramai yang tak tahu apa yang telah berlaku kepada bekas vokalis Spoon yang dikenali sebagai Along ataupun nama sebenar beliau Sabi’ul Malik Shafie ini.

 

Along Spoon ataupun nama sebenar beliau Sabi’ul Malik Shafie  ditemui mati pada 6 Januari 2000 di kilometer 28 Jalan Kuala Kelawang, Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan selepas 10 hari dilaporkan hilang. Allahyarham dipercayai dipukul dan mayatnya dimasukkan ke dalam guni dan dicampakkan ke dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter. Kehilangan jejaka yang berumur 19 ini terjawab apabila tertangkapnya seorang anggota polis iaitu Lans Koperal Mohd Yaakob bagi membantu siasatan.

 

Mayat Allahyarham ditemui sewaktu umat Islam tengah menyambut Hari Raya Aidilfitri meruntun hati banyak pihak. Semasa kehilangan Along, ayahnya iaitu Pak Engku telah kerugian sebanyak RM300,000 selepas ditipu oleh pihak-pihak yang mendakwa Along masih lagi hidup dan Allahyarham boleh dikembalikan ke pangkuan keluarga.

 

 

Perbicaraan kes pembunuhan Along ini mengambil masa lebih kurang 10 tahun. Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 2010 mengekalkan hukuman mati kepada Lans Koperal Mohd Yaakob atas tuduhan membunuh. Tertuduh dikatakan cemburu dengan hubungan baik Along dengan isterinya yang bekerja sebumbung dalam syarikat rakaman kumpulan Spoon bernaung.

Walaupun sudah 15 tahun Allahyarham pergi, namanya masih lagi menjadi ingatan seiring dengan lagu popularnya iaitu “Rindu-Serindunya”. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Sabi’ul Malik Shafie. Al Fatihah