10 Fakta Pelik Roma Kuno!

Siapa tak kenal dengan bangsa  Roma kan? Roma Kuno memang dikenal sebagai satu bangsa yang besar dan terkenal dengan sumbangan perkembangan dunia- dari teknologi, ilmu pengetahuan dan juga falsafahnya. Namun disebalik semua nie, ternyata masyarakat Roma Kuno mempunyai fakta-fakta yang pelik dan mungkin jugak menjijikkan. Yang pasti, korang mesti tak percaya dengan perkara-perkara merepek nie. MKR senaraikannya:

#1. Public toilet adalah tempat paling bahaya!

Masyarakat Roma Kuno percaya toilet umum merupakan tempat yang mengerikan malah boleh bawak mati! Sampai ada yang menggunakan sihir untuk dapat keluar dari toilet tu dengan selamat. Public toilet dorang pelik, cuma ada papan-papan berlubang yang bersambung di mana untuk dorang buang hajatlah. Sistem pembuangan kat public toilet sangat teruk, kotor and buruk! Sampaikan selalu je ada tikus-tikus merangkak naik keluar dari lubang jamban tu dan gigit dorang yang tengah buang hajat! Bukan tu je, sebabkan limbahan/pembuangan tak dikelola, makanya terhasillah gas metana (terhasil dari kotoron tikus, taik dan proses alam jugak- tanah), so selalulah terjadinya ledakan dan jugak kebakaran! Aduh nak membuang pun tak senang lah. Tulah sebabnya dorang gunakan sihir sebagai pelindung dari nasib buruk kat toilet. Archaeologist banyak jumpa mantra yang digores di dinding toilet. Dasyat betul public toillet dorang nie kan?

#2. Mencuci mulut dengan air kencing!

Air kencing digunakan secara meluas pada zaman Roma dulu- menyamak kulit, pencuci pakaian bahkan menggunakan air kencing untuk bersihkan gigi. Dorang percaya air kencing mengandungi amonia dan zat yang diyakini menjadi pembersih efektif. Dorang kencing dalam satu pot lepastu dikosongkan pot tu ke dalam tangki khas, air kencing yang terkumpul kemudian dijual. Tapi bukan air kencing manusia je, air kencing haiwan pun dorang guna untuk memutihkan gigi.

#3. Kongsi berus jamban untuk cebok.

Selain memiliki public toilet yang menjijikkan dan berbahaya, cerita menjijikkan dijijikkan lagi dengan fakta pasal berus jamban yang dorang kongsi untuk cebok. Zaman dulu,  orang-orang Roma Kuno tak kenal lagi dengan tisu toilet atau menggunakan air untuk membersihkan lepas buang hajat. So sebagai gantinya, dorang gunakan lah berus jamban nie- ada span yang diikat kat sebatang kayu. Berus tu diletakkan  di dalam cawan berisi air kotor. Yang menjijikkan lagi berus jamban nie digunakan secara berganti (share-share) dan tak pernah dibersihkan lepas dorang guna. So, bakteria dan penyakit Tifus dapat tersebar dengan cepat pada masa tu. Dorang nie tak geli keeee?

#4. Simbol penis sebagai lambang jimat!

Simbol penis cukup popular dikalangan bangsa Roma Kuno. Para arkeologi banyak menjumpai simbol and benda-benda yang berbentuk penis. Simbol penis nie dianggap sebagai tanda jimat dan pemberi keberuntungan. Dorang gunakan simbol penis sebagai penangkal untuk jauh dari bahaya jugak. Selain itu, para anak lelaki sudah terbiasa memakai kalung berbentuk penis, hal ini dipercayai akan mendatangkan keberuntungan bagi kehidupan mereka. Haaa pulak dah nak ke pakai rantai bentuk penis uolls?

#5. Tuhan yang pelik.

Masyarakat Roma Kuno memiliki pelbagai tuhan sebenarnya. Antaranya, dewi solekan buat perempuan yang suka makeup tu. Dewa tandas, since dorang sangat takut dengan public toilet dan jugak dorang sembah dewa kotoran since toilet dorang tersangat lah menjijikkan! Agaknya dorang suka kot dengan kekotoran.

Ada lagi fakta pelik yang Roma Kuno nie amalkan uolls. Click nextpage!

PAGES

1 2

COMMENTS