10 Galeri Seni Lukisan di Klang Valley

Kita selalu je bila hujung minggu p shopping complex kan? Bosan kan buat perkara yang sama je setiap hujung minggu? Apa kata hujung minggu ni buat sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan korang. Try kali ni korang p galeri-galeri seni lukisan yang terdapat di sekitar Lembah Klang. So, team MKR telah senaraikan 10 Galeri Seni Lukisan di Sekitar Lembah Klang. Jom kita tengok apa yang ada:

 

1.Artemis Art

  

-Terletak di Publika Shopping Gallery

-Terbuka untuk anak muda yang nak tunjuk karya dorang pada public

-Ada bengkel art/ workshop pada hari hari tertentu

[email protected]

 2. Galeri Petronas

  

-Terletak di KLCC shopping mall

-Galeri Seni Kontemporari

-Dibina pada thun 1992 pada tapak Dayabumi Complex dan akhirnya diubah ke KLCC enam tahun kemudian

-Ada talkshow/workshop juga.

-Lukisan lokan dan antarabangsa dipamerkan

galeripetronas.com.my

3.Galeri Ilham

 

-Terletak berdekatan dengan KLCC, Jalan Binjai juga

-Ada menjual saguhati dan cenderamata

-Jualan cenderamata akan didermakan atau disalurkan kepada pembangunan galeri tu

-Terbuka kepada pelajar universiti dan kolej untuk join gallery dan belajar menjalankan aktiviti kajian atau tugas khusus.

[email protected]

4.R A Fine Arts

  

-Sudah tertubuh sejak tahun 2007

-Ada karya tradisional dan moden dihasilkan oleh artis lokal hinggalah ke serantau Asia.

-Ada art consultancy, editorial melukis dan terjemahan lukisan jugak.

-Terletak di Block A4 Solaris Dutamas Kuala Lumpur

raf-finearts.blogspot.com

5.G13 Gallery

  

-Memaparkan pelbagai lukisan dari lokal dan internasional.

-Antaranya termasuklah Tan Lu Man, Raimi Sani, Aleaxandra Hon, Lampu Kasanoh, dan Chayanin Kwangkaew.

-Pernah promosikan koleksi artis ini di pesta seni internasional termasuklah Singapura, Busan dan Bangkok

-Terletak di Block B, Kelana Square secara percuma pada pukul 11 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum.

g13gallery.com

 

 

 

PAGES

1 2

COMMENTS