10 Fakta Pelik Roma Kuno!

#6. Hidangan lidah burung merak.

Lidah burung merak menjadi makanan yang popular yang dimakan oleh prajurit Roma Kuno. Makanan ini dipercayai mampu meningkatkan kekebalan tubuh agar terhindar dari penyakit. Selain lidah burung merak, dorang jugak makan hidangan lidah flamingo. Katanya antara hidangan yang terlazat pada zaman itu.

#7. Hidung bengkok ialah pepimpin.

Pada zaman Roma Kuno akan dianggap sebagai tanda kepimpinan kalau lahir dengan hidung bengkok.

#8. Minuman taik kambing.

Para membawa kereta kuda tempur biasa membuat minuman dari taik kambing yang dicampur dengan cuka sikit. Dorang percaya minuman tu dapat memberi kekuatan bagi dorang yang tengah letih. Bukan tu je, taik kambing jugak digunakan untuk menampal luka kalau tengah darurat. Pada dorang, minuman tu sangat sedap and salah sorang Maharaja Romania, Nero, minum untuk kuatkan diri semasa menunggang kereta tempur.

#9. Wanita Roma Kuno boleh keluar rumah 3 kali setahun.

Secara legal, isteri menjadi milik suami sepenuhnya. Masa zaman Roma Kuno nie, isteri di sana cuma boleh keluar rumah 3 kali je dalam setahun. Tapi ada je yang pergi meninggalkan rumah and bersembunyi beberapa hari. Kalau dapat tangkap habislah lunyaiiii!

#10. Hukuman dikarungi bersama binatang.

Hukuman mengerikan  nie dikenakan pada pesalah yang telah membunuh ayahnya. Si pesalah akan tutup matanya sebab katanya tak layak untuk melihat cahaya. Kemudian pesalah akan dibawa ke satu kawasan luas luar dari kota, dibogelkan and dipukul dengan tongkat. Lepastu pesalah dimasukkan dalam karung besar yang diisi dengan seekor ular, seekor anjing, seekor monyet dan seekor ayam jantan. Karung tu kemudian dijahit dan dibuang ke laut.

Fuhhh ngeri betul uolls! Mesti korang tak pernah terfikir kan masyarakat yang bijak pandai macam nie mempunyai dan mengamalkan benda-benda pelik dalam kehidupan seharian mereka. Inilah realitinya!

#romakuno #faktapelik #menjijikkan #mykampusradio #jomberubahbersama

 

PAGES

1 2