#8. Di-offer menjadi public speaker, penulis novel/komik, guru bahasa Perancis.
Sekembalinya di Jepun, Issei disambut meriah oleh wartawan-wartawan Jepun. Bagaikan lupa yang orang yang dorang puja tu adalah seorang pemakan manusia! Issei digugurkan dari sebarang kes, entah macam mana Perancis tutup kes tersebut. Tu sebab dia digelar the cannibal that walked free! Seram sungguh, orang Jepun nie tak takut ke kalau Issei nie makan dorang?!
Tapi ada yang lebih mengejutkan, beberapa bulan sekembalinya Issei di Jepun. Issei telah ditawarkan untuk menjadi seorang public speaker di universiti-universiti, bagi ceramah tentang kisahnya membunuh, merogol dan memakan Renee! Tak cukup dengan tu, Issei di-offer jugak untuk menulis novel dan komik pasal kisah kanibalnya. Novel dan komik Issei semuanya uncensored, apa yang dia tulis dan dia gambarkan semuanya sebijik-bijik dengan apa yang berlaku semasa kejadian! Issei juga hampir diterima oleh sekolah untuk menjadi cikgu bahasa Perancis sebab manager sekolah tu kagum dengan keberaniannya tetapi pekerja kat situ bantah dan dia ditolak.
9#. Jadi pelakon filem & PORNSTAR!
Tak berhenti disitu, Issei ditawarkan untuk berlakon satu filem eksploitasi Hisayasu Sato Uwakizuma: Chijokuzeme (Unfaithful Wife: Shameful Torture) sebagai voyeur-seksual. Selain tu, ada lagi beberapa dokumentari dan filem-filem ber-genre sadis yang Issei bintangi, antaranya filem Cannibal. Lepas filem, Issei menjadi rebutan organisasi filem porno pulak. Issei menjadi wajah utama dalam filem-filem lucah untuk beberapa tahun!
#10. Masih hidup dan keinginan untuk makan wanita masih ada!
Sekarang Issei berumur 69 tahun, masih hidup dan masih berlegar-legar di Tokyo, Jepun. Kata Issei, dia masih lagi ada keinginan untuk makan wanita jelita tetapi bukan untuk membunuhnya .. Issei juga telah menukar fantasi seksnya kepada yang lebih ekstrem dimana dia berkata- “Saya mahu mati terseksa dengan cara dimakan hidup-hidup oleh wanita seksi dan mengghairahkan”.
Inilah serba sedikit fakta mengerikan yang dilakukan oleh kanibal terkenal: Issei Sagawa. Sedarlah, gangguan fikiran/mental is no joke gaisss! Sampai sanggup menyantap daging manusia. Amacam korang nak pergi Jepun ke tidak? Tak kuasalahhhhh!
#kanibal #pemakanwanitajelita #jepun #isseisagawa
#thecannibalthatwalkedfree