Gender atau jantian adalah sesuatu yang mengelirukan sesetengah pihak di mana ada yang menerima pemahaman dimana gender adalah sesuatu yang menentukan sifat. Sebagai contohnya, sesebuah jantina akan menentukan sama ada feminin atau maskulin. Namun begitu, semakin dunia ini berevolusi, semakin banyak jantina yang ‘dilahirkan’. Sudah tentu segelintir rakyat Malaysia kurang senang dengan evolusi dunia ini lalu menolak dan menafikan jantina-jantina yang baru ini.
Setakat yang dikaji, dunia kini membunyai lebih 50 jenis jantina mengikut Australia Broadcasting Corporation (ABC). Jika dahulu kita hanya menerima kehadian LGBT, kini sudah banyak yang boleh disenaraikan jika dicari di mana-mana search engine. Antara jantina yang telah ‘diklasifikasikan’ adalah Cisgander.
Cisgander adalah jantina kita semua sekarang ni. Ha? Tak faham? Cisgender adalah jantina yang telah dinyatakan oleh doktor hasil daripada pemerhatian doctor ke atas fizikal kita. Dalam erti kata lain, Cisgender adalah jantina yang sepadan dengan seks yang mereka ditetapkan semasa lahir.Cisgender ni juga dikenali sebagai cissexual.
Jika disoalkan bagaimana gender yang asalnya mempunyai dua kini menjadi lebih daripada 50, hal yang demikian adalah kerana terdapat juga Gender Identity dimana Transgender, Two-Spirit, Non-Binary dan macam-macam lagi diperkenalkan kepada dunia.
Kalian tahu ke kalian ni tergolong daripada jantina yang mana? Boleh check dekat kuiz-kuiz online di internet juga tau! Kalau cari dekat Google, semua jenis kuiz berkenaan jantina ada. Boleh la kalian pergi semak sekarang so takde la kecelaruan identiti nanti!